• Semasa

    Live Streaming 7 Hari Mencintaiku 3 Tonton TV3





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Tonton Live Streaming Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Tonton TV3

    7 Hari Mencintaiku 3 ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Jamal Khan, dibintangi oleh Siti Saleha dan Shukri Yahaya. Merupakan kesinambungan kepada drama 7 Hari Mencintaiku 2 (2020). Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 1 April 2022 menggantikan Sayang Tak Dikenang.

    7 Hari Mencintaiku 3

    Live Streaming 7 Hari Mencintaiku 3 Tonton TV3

    Episod: 35

    Tarikh Tayangan: 2022

    Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam

    Rangkaian: Akasia TV3

    Skrip: Siti Rosmizah

    Pengarah: Jamal Khan

    Produksi: SR One Sdn Bhd


    Watak Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku 3

    Shukri Yahaya sebagai Khuzairi

    Siti Saleha sebagai Mia Adriana

    Kazar Saisi sebagai Pak Samad

    Liza Abdullah sebagai Mak Leha

    Syazwan Zulkifly sebagai Helmi

    Wan Sharmila sebagai Sofi

    Jaja Iliyes sebagai Nadia

    Bil Azali sebagai Zaidi

    Jasmin Hamid sebagai Zarina

    Faye Kusairi sebagai Syakila

    Reen Rahim sebagai Fatin Husna

    Sean Lee sebagai Dr Adam

    Wafariena Roslan sebagai Nurul Ain

    Silfeny Osman sebagai Azura

    PU Azman sebagai Taufik


    Sinopsis 7 Hari Mencintaiku 3

    7 Hari Mencintaiku merupakan sebuah siri drama yang sarat dengan konflik. Drama arahan Jamal Khan ini dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Siti Saleha. Diadaptasi daripada novel 2011 dengan tajuk sama karya Siti Rosmizah, siri ini memulakan tayangan perdana di slot Akasia TV3 dari 7 November 2016 hingga 22 Disember 2016 menggantikan Cinta Masam Manis.

    7 Hari Mencintaiku mencatatkan penarafan tontonan drama yang tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 12 juta penonton[1] selain menerima Anugerah Drama Pilihan serta mendominasi anugerah-anugerah lain di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017.

    Tonton Drama 7 Hari Mencintaiku 3


    Khuzairi (Shukri Yahaya), dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana (Siti Saleha). Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

    Mia Adriana merupakan seorang peguam dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama ayahnya Dato Megat Idrus (Zulkifli Ismail). Mia telahpun bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil (Ungku Hariz). Namun kerana terlalu percaya pada tunangnya, Khalil, Mia Adriana telah menyebabkan ayahnya muflis. Khalil tidak hadir pada malam pernikahan mereka, sebaliknya Khalil menikahi Rita (Lia Natalia) kerana duit. Dato Megat yang diserang sakit jantung, meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya. Demi menutup malu, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupun mengganggap Khuzairi bersikap kekampungan dan kolot.

    Tonton Full Episod Drama 7 Hari Mencintaiku 3


    Bermulanya kehidupan baru Mia Adriana bersama Khuzairi di kampung. Sepanjang berada di kampung, Mia Adriana memang menjadi kebencian Mak Leha (Liza Abdullah), mak tiri Khuzairi. Mak Leha membenci Mia kerana dia memusuhi Puan Hayati (Zila Bakarin). Terjadi pelbagai pergaduhan antara Mia, Mak Leha dan Syakila (Faye Kusairi), tunangan Helmi (Syazwan Zulkifli) yang menaruh hati pada Khuzairi. Perhubungan Mia dan Khuzairi juga selalu pasang surut. Khuzairi juga tersepit kerana dia terlalu menghormati Mak Leha sebagai ibu dan menyayangi isterinya sehingga dia selalu melukakan hatinya sendiri.

    Kerana suatu peristiwa, Mia Adriana tersedar bahawa sememangnya dia mencintai Khuzairi sepenuh hati. Dia terlalu merindu anak kecil yang ditinggalkan tanpa melihat rupanya. Namun, cukupkah masa 7 hari itu untuk meraih kembali cinta Khuzairi yang sudah membeku? Apakah Pak Samad (Aman Graseka) mampu membela nasib Mia selepas dibuang oleh suami sendiri dalam rumah keluarganya? Tercapaikah hasrat Syakila untuk menjadi isteri Khuzairi? Dan, apa pula nasib Helmi selepas dihalau keluar oleh Pak Samad selepas dia bersubahat dengan Khalil untuk meracun kambing-kambing Khuzairi? Apakah pekerjaan Khuzairi selain penggembala kambing yang menjadi kegilaan anak-anak gadis kampung?


    NASKHAH 7 Hari Mencintaiku (7HM) pernah mendapat sambutan hangat untuk dua musim berturut-turut.

    Kini, drama kekeluargaan itu kembali untuk musim ketiga yang masih membariskan pelakon asalnya, seperti Siti Saleha, Shukri Yahaya dan Liza Abdullah.

    Tidak cukup dengan itu, karya nukilan Siti Rosmizah itu turut memaparkan beberapa kehadiran karakter baru seperti Wan Maimunah.


    Ads by Kiosked
    Malah, pembantu pengarahnya, Amy Nawari turut dilihat aktif berkongsi di sebalik tabir 7HM3 untuk tatapan peminat setia drama tersebut.

    “Agak-agaknya apa lagi Mak Leha (Liza) yang nak lakukan pada musim kali ya?” soal seorang netizen menerusi sebuah akaun Instagram @7harimencintaiku_2.

    “Selama-lamanya #teamMiaAdriana,” komen seorang pengguna TikTok yang juga peminat Siti Saleha.


    Susulan realiti yang berlaku dalam perkahwinan Siti Saleha, peminat semakin tak sabar menantikan 7HM3.

    Live Streaming Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Tonton TV3

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad