• Semasa

    Sinopsis Drama Suamiku Lelaki Pendosa





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Sinopsis Suamiku Lelaki Pendosa. Nantikan drama bersiri terbaharu ‘Suamiku Lelaki Pendosa’ lakonan Aaron Aziz dan Sophia Albarakbah sebagai watak utama. Drama Suamiku Lelaki Pendosa akan mula bersiaran pada 9 Februari 2022 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di slot Samarinda TV3. Drama ini diarahkan oleh Eyra Rahman di bawah terbitan Global Station Sdn Bhd dan menampilkan beberapa pelakon lain antaranya iaitu Gambit Saifullah, Shima Anuar, Fauzi Nawawi, Maria Farida dan ramai lagi. Jom baca synopsis drama Suamiku Lelaki Pendosa!

    Suamiku Lelaki Pendosa

    Sinopsis Suamiku Lelaki Pendosa Video Drama

    Drama ini mengisahkan Dean Ilyas yang tampak sempurna, tetapi cenderung kepada amalan homoseksual. Dean cuba berubah dengan bantuan dan sokongan isterinya, Cahaya Malaika. Hidup Cahaya Malaika yang bahagia dan ceria bertukar rentak selepas rahsia identitinya terbongkar bahawa dia bukan anak kandung Encik Firdaus yang penyayang. Dengan itu, pertunangannya dengan Nik Safri diputuskan lalu dihina sebagai anak tak sah taraf.

    Apakah dosanya? Kenapa dia yang harus menanggung akibat atas khilaf orang lain? Tiba-tiba, ibu Dean Ilyas beriya-iya hendak jadikan Cahaya sebagai menantu secepat mungkin. Malah majlis besar-besaran sudah dirancang Datin Junaidah.

    Sinopsis Drama Suamiku Lelaki Pendosa

    Dean Ilyas yang serba sempurna dan miliki segala-galanya. Ikhlas menerima Cahaya seadanya tanpa mempersoal kisah silam dan status, walau diminta untuk nikah mengikut hukum secara rahsia.

    Rupa-rupanya Datin Junaidah ada agendanya. Cahaya yang cantik dan sangat baik itu hanyalah alat untuk menyelamatkan maruah keluarga dan menjaga egonya sahaja. Dengan harapan kehadiran Cahaya akan memisahkan Dean dari rakan baiknya, Izfairin yang menjadi api dalam sekam.

    Bila Dean merayu supaya jangan tinggalkannya, maka Cahaya Malaika letakkan syarat. Dia mahu Dean mencintainya sebagai seorang isteri sepenuh hati kerana Allah, bukan berkongsi kasih dengan insan yang tak sepatutnya.

    Episod Drama Suamiku Lelaki Pendosa

    Tapi bagaimana dengan Dean? Apakah syarat Cahaya Malaika? Mampukah dia memenuhi permintaan dan syarat-syarat Cahaya? Sedangkan Cahaya telah berkorban seluruh jiwa raga demi mendampingi dan menyokong dirinya yang sering tersasar itu.

    Mampukah kedua-duanya menggapai bahagia yang sebenar pada akhirnya?


    Berikut dikongsikan maklumat tentang Drama Suamiku Lelaki Pendosa termasuk memaparkan tarikh tayangan, senarai pelakon dan synopsis :

    JUDUL : DRAMA SUAMIKU LELAKI PENDOSA

    EPISOD : 15

    TARIKH : 9 Februari 2022

    WAKTU SIARAN : Setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam

    SIARAN TV : Slot Samarinda (TV3)

    PENULIS SKRIP : Siti Jasmina & Ctna Marzuki

    PENGARAH : Eyra Rahman

    PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd

    SENARAI PELAKON : Sophia Albarakbah, Aaron Aziz, Gambit Saifullah, Shima Anuar, Fauzi Nawawi, Maria Farida, Aleza Shadan, Edika Yusof, Fiza Thomas, Hafeez Mikail

     

    SENARAI PELAKON DRAMA SUAMIKU LELAKI PENDOSA

    Sophia Albarakbah sebagai Cahaya Malaika

    Aaron Aziz sebagai Dean Ilyas

    Gambit Saifullah sebagai Izfairin

    Shima Anuar sebagai Anggun Dania

    Fauzi Nawawi sebagai Firdaus

    Maria Farida sebagai Datin Junaidah

    Aleza Shadan sebagai Wahidah

    Edika Yusof sebagai Datuk Seri Afnan

    Hafeez Mikail sebagai Hael Idris

    Fiza Thomas sebagai Maya

    Annie Mosha

    SINOPSIS

    Drama ini mengisahkan tentang Dean Ilyas (Aaron Aziz) yang tampak sempurna namun dia lebih cenderung kepada homoseksual iaitu hubungan sesama sejenis. Dean cuba berubah dengan bantuan dan sokongan isterinya iaitu Cahaya Malaika (Sophia Albarakbah). Tonton Full Episod Video Suamiku Lelaki Pendosa

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad