• Semasa

    Cara Masak Ayam Singgang Yang Mudah dan Cepat





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Cara Masak Ayam Singgang Yang Mudah dan Cepat 

    Pada kali ini admin berkongsi Resepi Singgang Ayam, Masakan singgang selalunya sinonim dengan ikan. Tetapi untuk resipi kali ini, kita akan gunakan ayam untuk dimasak singgang. Ia cukup mudah dan cepat untuk dimasak. Cubalah Resipi Masakan ini.

    Masak Ayam Singgang


    Penyediaan : 20 Minit | Memasak: 20 Minit 40 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 6-8 Orang

    Resepi Singgang Ayam

    Bahan-bahan:

    1 ekor ayam

    750 ml santan cair

    500 ml santan pekat

    1 helai daun kunyit

    2 helai daun limau purut

    2 batang serai (ketuk)


    Bahan dikisar Ayam Singgang:

    30 tangkai cili padi

    30 biji lada putih

    10 ulas bawang putih

    5 cm kunyit

    Garam dan gula secukup rasa


    Cara menyediakan Ayam Singgang:

    1. Ayam dicuci bersih dan dibelah empat.

    2. Satukan bahan kisar dan santan cair. Tuangkan ke atas ayam.

    3. Bubuhkan daun kunyit yang disiat, daun limau purut dan serai. Tutup kuali dan biarkan ia mereneh di atas api yang kecil.

    4. Setelah ayam empuk tuangkan santan pekat dan garam. Sesekali boleh dikacau kuahnya.

    5. Tutup semula kuali dan biarkan kuah benar-benar kering.

    Selamat mencuba Cara Masak Ayam Singgang Yang Mudah dan Cepat 

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad