Wanita maut terjatuh dari tingkat 14. WANITA maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 14 sebuah apartmen di Kepong, semalam.
Pada kejadian 4 petang itu, mangsa berusia 30-an dan ditemui berpakaian kemeja-T dan memakai seluar pendek.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan polis ke lokasi.
Beliau berkata, pemeriksaan mendapati kesan kecederaan pada kepala dan kedua-dua lengan wanita itu.
Selain itu, paha kanan mangsa patah.
“Mayat mangsa dihantar Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, mangsa di[percayai warga tempatan berdasarkan parut suntikan BCG (Bacillus Calmette Guerin) pada lengan kirinya.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. - myMetro
Wanita maut terjatuh dari tingkat 14

No comments