Punca guru disiplin bunuh isteri. POLIS menahan seorang guru disiplin, hari ini, yang mengaku membunuh isterinya dipercayai dengan menggunakan rak penyidai pakaian di sebuah rumah di Air Itam, Georgetown, semalam.
Suspek berusia 42 tahun menyerah diri ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, Kedah, selepas membuat laporan berhubung kejadian terbabit, pada jam 4 petang.
Difahamkan, mangsa, T Santi, 39, adalah seorang guru tuisyen.
Ketua Polis Daerah Timur, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata,
siasatan mendapati, ketika kejadian jam 10 malam itu, suspek dipercayai bertengkar dengan isterinya.
Beliau berkata, suspek kemudian dikatakan bertindak memukul bahagian kepala isterinya dengan rak penyidai pakaian.
“Selepas kejadian, suspek dipercayai keluar dari rumah dan pulang ke kampungnya di Kulim, Kedah, pada jam 11 malam, semalam. Dia kemudian kembali ke rumah sewanya dan mendapati isterinya masih tidak sedarkan diri, pada jam 11 pagi.
“Dia memaklumkan kejadian itu kepada keluarganya dan diarahkan untuk membuat laporan polis, sebelum berbuat demikian di IPD Kulim, Kedah," katanya menerusi kenyataan, malam ini.
Che Zaimani berkata, susulan itu, suspek dibawa ke rumah sewanya dan pemeriksaan polis menemui mangsa dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di dalam bilik tidur.
“Mangsa mengalami pendarahan di bahagian kanan kepala, kedua-dua kening dan telinga kirinya akibat hentakan daripada objek tumpul.
“Bedah siasat ke atas mangsa akan dibuat di Hospital Pulau Pinang (HPP), pada jam 10 pagi esok,” katanya.
Menurutnya, siasatan mendapati pasangan itu sudah 10 tahun berkahwin dan tidak mempunyai anak.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. - myMetro
Punca guru disiplin bunuh isteri

No comments