Terungkai !! 'Tiga hari dah meninggal, rupanya...'
Terungkai !! 'Tiga hari dah meninggal, rupanya...'. WANITA berusia 32 tahun ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kereta di Jalan Bandar 3, di Puchong, hari ini.
Pada kejadian jam 4 petang itu, mayat mangsa ditemui orang awam yang kemudian memaklumkannya kepada polis.
Difahamkan, mangsa sudah meninggal dunia sejak tiga hari lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, susulan itu, sepasukan polis ke lokasi untuk pemeriksaan.
“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia ketika tidur di dalam kereta Perodua Kelisa
“Ia berdasarkan keadaan mayatnya yang terbaring di tempat duduk pemandu.
“Malah, enjin kereta berkenaan dimatikan dan tingkap di tempat duduk pemandu dibuka sedikit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ismadi berkata, siasatan awal mendapati, mangsa ada pergi ke sebuah klinik di kawasan berkenaan, pada pagi Jumaat lalu.
“Doktor di klinik terbabit memaklumkan suhu badan mangsa mencecah 39 darjah Celsius sebelum memintanya pergi ke hospital berhampiran.
“Bagaimanapun, mangsa datang semula ke klinik terbabit sebelum doktor berkenaan sekali lagi memintanya untuk ke hospital," katanya.
Beliau berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan kehilangan mangsa sepanjang tempoh tiga hari lalu.
Ismadi berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Selain itu, polis sudah memaklumkan kejadian kepada ahli keluarga mangsa.
“Pemeriksaan di lokasi mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. - myMetro

No comments