• Semasa

    Susulan kematian enam anggota bomba, ini respon Mufti Wilayah





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Susulan kematian enam anggota bomba, ini respon Mufti Wilayah. KUALA LUMPUR - Kematian enam anggota Bomba dan Penyelamat ketika menjalankan operasi SAR seorang remaja terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong pada 9.15 malam tadi dianggap syahid.


    Susulan kematian enam anggota bomba, ini respon Mufti Wilayah


    Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, mereka adalah insan terpilih dan mempunyai hati yang suci serta amat memahami tanggungjawab yang diamanahkan, terutamanya dalam kecemasan hingga kepada nafas yang terakhir.

    Beliau berkata, kematian enam anggota bomba berkenaan kerana ingin menyelamatkan mangsa amat menginsafkan dan memberi makna yang mendalam pada maksud pengorbanan dalam tugas.

    "Mereka jauh lebih mulia kerana bukan sahaja mereka mati lemas, tetapi menolong dan membantu mangsa sehingga terkorban.

    "Kami iktibarkan mereka sebagai syahid berasaskan kepada nas hadis yang bermaksud “Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah,” kata beliau melalui Facebooknya.

    Keenam-enam yang terkorban terdiri daripada empat anggota Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikenali sebagai Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24.

    Dua lagi mangsa adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam yang dikenal pasti sebagai Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

    Semua mereka berasal dari Sibu, Sarawak; Tawau, Sabah; Rantau Panjang dan Pasir Mas, Kelantan; Port Dickson, Negeri Sembilan; dan Beserah, Pahang.

    Pada masa yang sama beliau turut mengucapkan syabas kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat atas semangat dan tanggungjawab yang ditunjukkan.

    "Kepada ahli keluarga, bertabahlah. Insha-ALLAH setiap apa yang telah berlaku pasti ada hikmah yang kadang-kadang amat sukar ditafsirkannya," katanya.

    Dr Zulkifli turut mengesyorkan agar rakyat Malaysia agar menghulurkan bantuan kepada kaum keluarga mereka untuk meringankan beban  dan terus dapat meneruskan kehidupan sekalipun diuji dengan perpisahan orang tercinta.

    "Kepada kerajaan, kami juga syorkan agar diberikan anugerah kecemerlangan dan dinaikkan pangkat mereka untuk memberi sedikit kelegaan kepada ahli keluarga mereka.

    "Sesungguhnya, inilah staf kerajaan dan pekerja di era Malaysia baru yang sanggup berkorban apa sahaja," katanya. - Sinar Harian

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad