Rosmah tidak mengaku 17 pertuduhan. KUALA LUMPUR - Bekas wanita pertama Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas 17 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram melibatkan berjumlah lebih RM7 juta.
Rosmah yang berbaju kurung dan berselendang oren mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kesemua pertuduhan dihadapan hakim Azura Alwi.
Isteri bekas perdana menteri itu kelihatan tenang sepanjang lebih satu jam prosiding berlangsung.
Bagi pertuduhan pertama hingga ke-12, pengasas Permata itu didakwa melibatkan diri secara langsung dalam 227 transaksi hasil daripada aktiviti haram, yang menyebabkan wang berjumlah RM7,097,750 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad miliknya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 4 Disember dan 8 Jun 2017, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Dakwaan bagi kesalahan itu dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.
Sementara itu, bagi empat pertuduhan seterusnya, Rosmah didakwa gagal membuat penyata pendapatan berjumlah RM7,097,750 bagi tahun taksiran 2013 hingga 2014 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri tanpa sebab munasabah seperti dikehendaki di bawah Seksyen 77 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53).
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di Kuala Lumpur antara 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.
Pihak pendakwaan yang diketuai peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram membantah jaminan ke atas Rosmah namun mencadangkan jaminan sejumlah RM10 juta sekiranya mahkamah memberikan jaminan ke atas Rosmah.
Gopal turut memohon mahkamah mengenakan beberapa syarat tambahan supaya Rosmah menyerahkan pasport kepada mahkamah selain beliau dilarang menghubungi semua saksi pendakwaan.
Bagaimanapun peguambela Datuk Geethan Ram Vincent memohon jaminan diberikan sebanyak RM250,000 dengan mengambil kira kerjasama yang diberikan sepanjang siasat walaupun notis singkat diberikan oleh pihak SPRM.
Katanya lagi Rosmah telah disekat untuk ke luar negara sejak Mei 2018 dan beliau bersedia menyerahkan pasport ke mahkamah serta akan mematuhi larangan mengganggu saksi.
Sri Ram bagaimanapun membalas hujahan dengan menyifatkan jumlah jaminan yang dipohon peguam Rosmah terlalu rendah dan secara sinis berkata pihak pembelaan wajar meminta jaminan sebanyak RM1.
Hakim Azura Alwi kemudian berkata, jumlah ditawarkan pihak pendakwaan terlalu tinggi manakala jumlah dipohon pembelaan terlalu rendah.
Mahkamah seterusnya menetapkan jumlah jaminan sebanyak RM2 juta dengan dua penjamin serta pasport diarah diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh juga dilarang mengganggu saksi.
Wang jaminan Rosmah dibayar secara ansuran di mana sebanyak RM500 ribu akan dibayar hari ini dan bakinya sebelum 11 Oktober.
Kes akan disebut semula pada 8 November 2018.
Selain Gopal Sri Ram, pendakwaan turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, dan Faizal Hassan Bahrin.
Manakala peguam Datuk K Kumaraendran dan Iskandar Shah Ibrahim turut membarisi pasukan pembelaan Rosmah.
Turut sama mengikuti prosiding adalah barisan peguam pemerhati dari Bar Council dan peguam Datuk Seri Najib Tun Razak. - Sinar Harian
Rosmah tidak mengaku 17 pertuduhan

No comments