Rupa Rupanya Ada Orang Lain Yang Cuba Selam Selamatkan Budak Itu Sebelum Bomba Sampai
Rupa Rupanya Ada Orang Lain Yang Cuba Selam Selamatkan Budak Itu Sebelum Bomba Sampai. PUCHONG: Seorang lelaki hampir le mas ketika menyelam dalam usaha menyelamatkan Muhammad Ilham Fahmy Mohammad Azzam, 17, yang dilaporkan le mas di Lombong Taman Putra Perdana berhampiran perumahan D’Islands, di sini, semalam.
Menurut Khairul Anwar Mohd Salleh, 47, yang juga jiran mangsa, dia bersama rakan serta bapa mangsa Mohammad Azzam Naim, 46, bergegas ke lokasi sebaik menerima berita Muhammad Ilham Fahmy le mas kira-kira jam 5 petang, semalam.
“Saya mengambil keputusan untuk menyelam bagi mencari mangsa. Pada mulanya saya turun tanpa tali, namun saya naik semula kerana arus air deras.
“Rakan saya kemudian memasang tali sebelum saya turun semula untuk menyelam sebelum tiba-tiba ditarik pusaran air serta hampir le mas kerana arus deras,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, hari ini.
Khairul Anwar berkata, rakannya bertindak menarik dia keluar memandangkan arus deras walaupun cuaca ketika itu tidak hujan.
“Ketika itu, ada tujuh orang awan di lokasi kejadian termasuk kami. Namun, kami bertindak menyelam dulu sementara menunggu pihak bomba datang.
“Ketika itu, memang tiada orang memancing di kawasan berkenaan,” katanya yang mengharapkan mangsa ditemui segera,” katanya.
Dalam operasi mencari dan menyelamat Muhammad Ilham Fahmy yang sehingga kini belum ditemui, enam anggota bomba Pasukan Penyelamat Di Air(PPDA) le mas kira-kira jam 9 malam tadi. SUMBER : BHARIAN ONLINE
Lokasi tragedi tumpuan kaki pancing
“Tempat ini (lombong) memang menjadi tumpuan kaki pancing berhampiran daerah ini kerana banyak ikan,” kata seorang penduduk di Taman Putra Perdana, di sini, Muhammad Hafiz Ahmad Sabree, 25.
Beliau yang juga peniaga berkata, antara jenis ikan diperoleh pemancing adalah ikan toman dan talapia yang boleh mencecah saiz sebesar tangan manusia.
“Orang ramai yang datang ke sini bukan saja memancing, sebaliknya turut bermandi-manda terutama golongan remaja dan kanak-kanak.
“Ketika hari tidak hujan, air hanya pada paras kira-kira satu meter,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, hari ini.
Sementara itu, seorang lagi penduduk Taman Putra Perdana, Mohd Zaidi Amin, 36, berkata, ada juga dakwaan daripada kaki pancing bahawa lokasi itu agak ‘keras’.
“Dakwaan itu diketahui oleh semua kaki pancing yang kerap ke lokasi berkenaan, malah ada pemancing yang mendakwa melihat lembaga hitam pada waktu senja.
“Kawasan ini dikenali sebagai pintu air D’Islands dalam kalangan penduduk tempatan dan pada hari kejadian (semalam), ada penduduk yang berada di lokasi mendakwa melihat kelibat lembaga berkenaan di kawasan terbabit,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Tambah beliau, jalan belakang yang digunakan mangsa bersama rakannya adalah laluan biasa digunakan kaki pancing lain.
“Laluan itu bermula dari dalam Taman Putra Perdana. Di penghujung laluan itu, terdapat satu denai kecil yang perlu melalui kawasan dipenuhi pokok petai belalang.
“Selepas kawasan denai itu anda akan terus menemui pintu air D’Islands (lombong) berkenaan.
Sumber : BHARIAN ONLINE

Pemandangan Udara Kawasan Kejadian
Seperti Ada Yang Memanggil Ketika Lalu Tepi Lombong
Seorang pengguna Facebook bernama Muhd Fahmi Ymc menceritakan bahawa disitu memang tempat kesukaan para pemancing dan dia sendiri pernah hampir terkena. Ini yang terjadi menurut kata beliau. Ini diambil dari Facebook beliau.
Orang taman sini x kan pergi masuk tempat tu Bossku..aku pun hampir nak kena hahahahha tempat memang banyak gila ikan..paya haruan ikan besar² tp setiap paya ada orang mati..aku share sikit aku kena tu time senja aku lalu betul² belakang tempat kejadian tempat tu dia mcm memanggil.
.
Aku yg penakut boleh lepak tepi air tu magrib² sorg² tengok ikan nasib x jadi apaAallah huakbar balik aku bagi tahu ibu ibu aku kata paya tu baru je orang maati pastu tempat air turun tu pun baru je org maati..henti² laaa pancing kat lombong² puchong ni.
.
Dari dulu org maati tempat yg sama cuma cite x kecoh sekarang kecoh dah pasal bomba yg kena pulak..harap² semua beringat laaaa turun masuk air 99%
Kredit : KLVIRAL
No comments