• Semasa

    Lelaki kecewa wajah 'hias' kotak rokok





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Lelaki kecewa wajah 'hias' kotak rokok. KUNINGAN - INDONESIA. Seorang lelaki di Jawa Barat menuntut penjelasan pemerintah apabila wajahnya digunakan sebagai gambar amaran merokok pada kotak rokok.


    Lelaki kecewa wajah 'hias' kotak rokok


    Dadang Mulya dari Desa Pancalang, berkata beliau kesal apabila gambarnya digunakan tanpa kebenaran oleh pihak berkuasa Indonesia dan perkara itu hanya disedarinya apabila ia mula tular di media sosial.

    “Rakan-rakan dan orang kampung datang ke rumah memaklumkan perkara ini. Wajah saya dirakam pada 2012 ketika sedang menyaksikan perlawanan bola sepak.

    “Namun, baru sekarang gambar saya muncul di beberapa kotak produk rokok terkenal,” katanya.

    Susulan itu, Dadang telah membuat laporan polis kerana berasa malu dan terhina akibat perbuatan berkenaan.

    Pada 2013, Presiden Indonesia menandatangani peraturan yang memerlukan kotak rokok menggunakan imej amaran dan bahayanya merokok serta mengharamkan penggunaan istilah ‘sederhana’ atau ‘ringan’ berhubung produk tembakau.

    Ia bagaimanapun mendapat tentangan dari kumpulan peladang dan syarikat tembakau. - Sindonews

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad