‘Patutlah titah sila duduk, jangan lari’. KUALA LUMPUR - Titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V semasa merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14, Selasa lalu rupa-rupanya memberi gambaran suasana yang berlaku di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) dalam facebook miliknya menyindir barisan ahli parlimen kerajaan yang dari pagi hingga malam terus kosong sehingga ke detik 7.18 malam.
Menurutnya, pihaknya masih di parlimen bagi meneruskan sesi yang bakal berlangsung sehingga jam 9.00 malam.
“Pukul 7.18 pm (malam)… kami masih di parlimen. Tapi di pihak kerajaan dari pagi sampai malam terus kosong tak datang-datang… sesi diteruskan hingga 9.00 malam.
“Patut DYMM SPBYDP Agong menitahkan… ‘sila duduk..jgn (jangan) lari’.…. tp (tapi) dah byk (banyak) yg (yang) lari nampaknya,” sindirnya di laman sosial miliknya.
Semalam Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa menteri dan timbalan menteri perlu memberi alasan yang sesuai jika tidak dapat menghadiri sidang Dewan Rakyat bagi menambah baik rekod kedatangan mereka.
Beliau berkata, memandangkan sesi Dewan Rakyat kali ini bersidang selama 20 hari, dan Kabinet juga mempunyai tanggungjawab lain di bawah kementerian mereka.
Oleh itu, katanya, menteri dan timbalan menteri wajib menyediakan alasan kukuh atas ketidakhadiran mereka ke Parlimen.
[ARTIKEL BERKAITAN: Sedia alasan kukuh jika tidak hadir ke Parlimen]
Persidangan Dewan Rakyat sesi petang hari ini tertangguh selama enam minit apabila tidak cukup ahli Parlimen yang hadir.
Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB-Kapit) bangkit berdiri dan mempersoalkan kepada Yang Dipertua Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang mempengerusikan mesyuarat itu.
"Tuan Yang Dipertua. Saya hendak pastikan, adakah cukup korum? Apa menteri, timbalan menteri semua tiada ke?" soal Alexander.
Mohamad Ariff lantas membuat keputusan, "kita tempohkan dua minit sehingga cukup kuorum. Sila bunyikan loceng."
Berdasarkan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 13(1), cukupbilang (kuorum) bagi Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa sebuah Majlis Mesyuarat hendaklah mengandungi 26 orang ahli dengan tidak termasuk Pengerusi.
Sementara itu, syor veteran Umno, Tan Sri Rais Yatim supaya elaun bulanan ahli Parlimen yang 'malas' dipotong disokong Timbalan Presiden Amanah, Datuk Salahuddin Ayub.
Salahuddin berkata, beliau bersetuju jika ahli Parlimen sengaja ponteng sesi Parlimen tanpa alasan yang kukuh.
Sehingga ke jam 9.14 malam status Annuar berkenaan mendapat 703 reaksi, 176 komen dan 186 perkongsian. - Sinar Harian
‘Patutlah titah sila duduk, jangan lari’

No comments