• Semasa

    Empangan pecah, ribuan penduduk tunggu penyelamat





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Empangan pecah, ribuan penduduk tunggu penyelamat. SEKONG: Pasukan penyelamat dari China dan Thailand bergegas ke sebuah kawasan pedalaman di Laos di mana lebih 3,000 penduduk terperangkap, susulan sebuah empangan runtuh sehingga menenggelamkan banyak perkampungan, kata media tempatan.


    Empangan pecah, ribuan penduduk tunggu penyelamat


    Laman berita Vientiane Times memetik Gabenor daerah, Bounhom Phommasane sebagai berkata, 19 orang ditemui mati, sementara hampir 3,000 penduduk berjaya dipindahkan ke tempat selamat.

    Difahamkan, lebih ramai lagi penduduk masih menunggu diselamatkan dengan ramai berada atas bumbung rumah masing-masing yang ditenggelami air.

    Seorang pegawai kanan kerajaan Laos berkata, puluhan dikhuatiri maut selepas kegagalan empangan yang menjadi struktur sokongan dalam pembinaan sebuah projek hidroelektrik, Isnin lalu.

    "Kami akan meneruskan usaha menyelamat hari ini, namun ia amat sukar kerana keadaan. Puluhan orang maut, mungkin lebih tinggi," katanya yang enggan mendedahkan nama kerana tidak mempunyai kuasa bercakap kepada media.

    Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap bencana itu memaklumkan lima maut, 34 hilang, 1,494 berjaya dipindahkan dan 11,777 penduduk terjejas.

    Katanya, 20 kediaman musnah dan lebih 223 rumah dan 14 jambatan rosak akibat banjir. - Reuters

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad