• Semasa

    Semak Daftar Mengundi, Check Tempat Undi Spr Online Dan SMS





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

     Semak Daftar Mengundi, Check Tempat Undi Spr Online Dan SMSPortal myspr semak menyediakan semakan daftar pemilih spr, cara semak dan check atas talian atau melalui sms tempat mengundi / undi pru15 dan nama anda sebagai pengundi semasa pilihanraya di portal www.spr.gov.my daftar online 2022

    semakan daftar pemilih spr semakan

    5 tahun sekali untuk rakyat malaysia turun mengundi datang lagi. Kali terakhir rakyat malaysia mengundi adalah pada 9 Mei 2018. Dan siri pilihanraya kali ini, rakyat Malaysia akan undi sebelum Mei 2023 untuk keputusan pru15 pula.

    Semak Daftar Mengundi, Check Tempat Undi Spr Online Dan SMS

    Inilah waktu dan masa untuk anda sebagai daftar pemilih turun mengundi calon dan parti pilihan anda untuk menjadi wakil bagi kawasan anda sekaligus menerajui kerajaan Malaysia untuk 5 tahun seterusnya.

    Persoalannya adalah anda sudah buat daftar pemilih pilihan raya dan lakukan semakan pengundi secara online atau tidak.

    Ini kerana dengan melakukan semakan daftar pemilih PRU15 membolehkan anda mendapatkan maklumat penting contohnya lokasi mengundi anda bagi DUN dan PARLIMEN pada pilihan raya umum.

    Semakan Daftar Pemilih Spr 2022

    Di bawah ini, kongsikan bersama cara bagaimana untuk anda membuat semakan daftar pemilih termasuk semak nama mengundi secara online ataupun melalui sms.


    KUALA LUMPUR: Warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 28 Februari lalu serta mana-mana pemilih berdaftar yang memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau status diminta melakukan semakan nama dalam Daftar Pemilih Tambahan Bulan Februari Tahun 2022 (DPT BLN2/2022).


    Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan hari ini berkata, DPT BLN2/2022 yang telah diperaku pada 15 Mac lalu dan diwartakan hari ini, dibuka selama 30 hari mulai hari ini hingga 14 April depan untuk semakan.


    "DPT BLN2/2022 ini mengandungi nama bagi 38,004 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 28 Feb 2022 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, 11,385 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 5,839 orang pemilih bertukar status atau kategori pengundi.

    Semak Daftar Mengundi, Check Tempat Undi Spr Online Dan SMS

    "Sekiranya mereka mendapati namanya tidak disenaraikan dalam DPT BLN2/2022, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan," katanya.


    Beliau berkata mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya boleh mengisi Borang D dan hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.

    "SPR menyediakan lima kaedah semakan bagi DPT BLN2/2022 iaitu seperti menerusi portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my, portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my, aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my, aplikasi mudah alih MySPR Semak atau hotline SPR di talian 03-8892 7018.

    "Borang C dan Borang D boleh dimuat turun daripada portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh semakan DPT BLN2/2022," katanya.

    Untuk sebarang pertanyaan mengenai urusan semakan DPT BLN2/2022, orang ramai boleh melayari portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau hubungi hotline SPR di talian 03-8892 7018 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri. – BERNAMA

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad