• Semasa

    SAPS Ibu Bapa Kedudukan Dalam Kelas





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    SAPS IbuBapa Kedudukan Dalam Kelas ok? Setiap peperiksaan atau ujian yang dijalankan di sekolah akan menceritakan status sebenar prestasi pembelajaran anak kita melalui kedudukan dalam bilik darjah/kelas.


    SAPS Ibu Bapa Kedudukan Dalam Kelas


    Kedudukan dalam kelas anak kita boleh disemak melalui aplikasi SAPS Ibu Bapa ini.Selain kedudukan dalam kelas, kedudukan keseluruhan aliran, dan kedudukan dalam darjah/tingkatan juga boleh disemak sekaligus dapat memberikan gambaran kedudukan kelas para pelajar untuk tahun-tahun mendatang.

    Untuk semak keputusan peperiksaan mengunakan Sistem SAPS ibu bapa, ibu bapa boleh mendapat akses maklumat kedudukan dalam kelas ini dengan melayari SAPS Ibu Bapa pada pautan berikut:

    Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah – SAPS

    Bagi para guru pula, jika anda ingin mengakses SAPSNKRA untuk memasukkan marakah peperiksaan anak murid anda, bolehlah klik butang tertera di bawah ini:

    Masukkan ID pengguna dan juga kata laluan anda di dalam ruangan yang diminta.

    Selepas itu, klik login. Maka anda bolehlah mula untuk key in data markah peperiksaan pelajar mengikut subjek yang anda ajar.

    Soalan dan Pertanyaan Mengenai SAPS Ibu Bapa

    Soalan: Saya baru dilantik sebagai Setiausaha Peperiksaan yang baru. Akan tetapi, saya tidak mempunyai ID dan kata laluan.

    Jawapan: Anda boleh dapatkan ID dan kata laluan dengan terus mendaftar di sini. Masukkan kod sekolah anda, dan ikuti arahan seterusnya yang tertera. Dapatkan kod sekolah pada pihak pengurusan sekolah anda.

    Soalan: Saya mendapat notis “Kod akses atau kata laluan salah“.

    Jawapan: Pastikan anda memasukkan kata laluan yang betul. Huruf kecil dan besar haruslah sama dengan kata laluan yang anda masukkan. Jika perkara ini berterusan, hubungi meja SAPS Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).


    Semoga semua ibu bapa dapat merancang pembelajar dan proaktif awal untuk anak-anak untuk kelas pada tahun hadapan kelas melalui aplikasi SAPS Ibu bapa ini. Guru-guru akan memasukkan markah pelajar ke dalam SAPS setelah ujian & peperiksaan berakhir serta siap ditanda.

    Ibu bapa boleh membuat semakan keputusan ujian & peperiksaan anak mereka setelah proses memasukkan markah ditutup. Manakala peperiksaan besar seperti UPSR, PT3 dan SPM adalah di bawah tanggungjawab & bidangkuasa Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan keputusan peperiksaan besar ini tidak akan dimasukkan dalam sistem SAPS ini.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad