LPPSA 2022 : Cara Daftar Dan Semak Kelayakan . Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) adalah badan yang telah dicipta khas untuk menyediakan pinjaman perumahan kerajaan untuk penjawat awam.
Jumlah pembiayaan hartanah yang anda ingin beli adalah sehingga 100% daripada nilai pasaran hartanah yang telah dinilai oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) akan tetapi semua ini juga “Tertakluk” kepada kelayakan pinjaman berdasarkan tangga gaji anda (yang mana lebih rendah).
Pemohon Yang Layak Mohon Pembiayaan LPPSA 2022
Antara contoh pemohon yang layak memohon untuk pembiayaan LPPSA adalah :
- Anggota perkhidmatan awam, polis, tentera, pentadbiran negeri, pentadbiran persekutuan.
- Ahli Dewan Undangan Negeri, Parlimen, hakim.
- Badan-badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, dan kerajaan negeri.
Cara Pendaftaran / Log Masuk Pengguna Portal LPPSA 2022
- Bagi pengguna yang pertama kali Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA anda perlu mendaftar ID Pengguna terlebih dahulu. Boleh terus masuk ke laman web rasmi LPPSA = https://lms.lppsa.gov.my/JACCESS/portal/index.php
- Sila pastikan menggunakan pelayar web Google Chrome versi terkini bagi memasuki sistem Portal Pernohonan Pembiayaan LPPSA.
- Klik pada butang “Daftar di sini “.
- Semua maklumat bertanda * adalah wajib untuk diisi.
- Sila isikan Maklumat Pendaftaran ID baru.
- Tandakan kotak Terma & Syarat dan seterusnya klik pada butang Daftar untuk langkah seterusnya.
- Selepas mengisi butiran penting, pengguna perlu mengesahkan akaun yang baru dibuat menggunakan emel dan SMS.
- Klik pada pautan pengesahan dalam emel untuk melengkapkan pengesahan.
- Selepas membuat pengesahan email, pengguna akan dibawa ke laman OTP (One-Time Password). Klik pada butang Permintaan OTP untuk meneruskan pengesahan OTP.
- SMS akan dihantar ke nombor yang telah didaftarkan. Masukkan 6 digit pin yang diterima melalui SMS pada laman Pengesahan SMS dan klik pada butang Teruskan.
- Apabila pengesahan SMS telah berjaya, pengguna akan dibawa ke laman Kemaskini Butiran.
Syarat-syarat Kelayakan LPPSA 2022
- Warganegara Malaysia.
- Kakitangan dalam sektor awam yang berjawatan tetap.
- Sudah menerima surat pengesahan jawatan.
- Berkhidmat sekurang-kurangnya setahun.
- Borang permohonan dikemukakan setahun sebelum bersara atau tamat perkhidmatan.
- Perjanjian Jual Beli (S&P) atau perjanjian pembinaan rumah perlukan penyaksiran peguam.
- Bukan seorang yang :
i) Bankrap
ii) Terlalu banyak hutang
iii) Pemakan gaji tidak berkemampuan
iv) Dalam proses dikenakan tindakan tatatertib
v) Masih bekerja secara kontark
Manakala bagi yang ingin membuat pinjaman bersama suami isteri, pinjaman ambil ahli antara suami dan isteri, serta pinjaman bersama/berdua naman di dalam S&Pwajib disertakan dengan :
- Salinan sijil nikah
- Pendaftaran perkahwinan yang disahkan oleh Ketua Jabatan Pemohon.
Jadual Kelayakan Pembiayaan LPPSA 2022
Pembiayaan Pertama :
- Ansuran bulan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap.
- Jumlah hutan tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih.
- Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.
Pembiayaan Kedua :
- Ansuran bulan tidak melebihi 50% daripada gaji pokok dan elaun tetap.
- Jumlah hutan tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih.
- Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.
Jadual dibawah disediakan adalah untuk rujukan sahaja. Perubahan dari masa ke semasa boleh berlaku tertakluk dari pihak LPPSA.
Syarat Permohonan Pembiayaan
Pembiayaan Jenis 1 :
Pembelian rumah kediaman yang telah siap.
Pembiayaan Jenis 2 :
Pembinaan rumah kediaman di atas tanah hak milik pemohon.
Pembiayaan Jenis 3 :
Pembelian rumah kediaman yang sedang dibina.
Perumahan Jenis 4 :
Pembelian tanah kbagi maksud pembinaan rumah kediaman.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut anda boleh menghubungi ;
Talian Perkhimatan Pelanggan : 03 – 8880 1600
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
No.9, Kompleks Kementrerian Kewangan,
Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
65592 Putrajaya.
Soalan Lazim
Dimanakah hendak mendaftar pertama kali Permohonan Pembiayaan LPPSA 2022 ?
Anda boleh layari laman web rasmi LPPSA dan ikuti langkah-langkah yang disediakan dalam artikel ini.
Apakah itu LPPSA ?
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) adalah badan yang telah dicipta khas untuk menyediakan pinjaman perumahan kerajaan untuk penjawat awam. LPPSA 2022 : Cara Daftar Dan Semak Kelayakan
No comments