• Semasa

    Polis siasat dakwaan Muhammad Adib dilanggar





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Polis siasat dakwaan Muhammad Adib dilanggar . POLIS masih menjalankan siasatan berhubung anggota bomba yang didakwa cedera akibat dilanggar dan bukan dipukul kumpulan perusuh di sekitar Kuil Sri Maha Mariamman.


    Polis siasat dakwaan Muhammad Adib dilanggar 


    Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya kini sedang merakam keterangan saksi yang berhubung kait dengan isu berkenaan.

    “Apa sahaja bukti dan saksi siasatan sudah pasti kita akan panggil dia dan siasatan berhubung kejadian masih dijalankan.

    “Polis akan rakam percakapan (Badan Bertindak Kuil) atau siapa sahaja yang mempunyai maklumat dan masukkan dalam kertas siasatan, ia akan dianalisis dengan terperinci bagi melengkapkan siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di Subang Jaya, hari ini.

    Terdahulu, Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman mendakwa anggota bomba berkenaan, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang cedera dalam insiden rusuhan berhadapan kuil berkenaan awal pagi semalam, disebabkan kemalangan.

    Setiausaha Badan Bertindak Kuil, V K Regu mendakwa, kejadian dipercayai berlaku apabila jentera bomba mengundurkan kenderaannya dengan laju sebelum sekumpulan individu menjerit memberitahu ada seseorang di belakang.

    Mengulas lanjut, Mazlan berkata, pihaknya akan membuat laporan polis berhubung penularan maklumat yang menggusarkan masyarakat.

    “Pihak polis akan membuat laporan polis dan menyiasat siapa punca yang menularkan perkara bukan-bukan di laman sosial.

    “Perkara yang tidak ada pengesahan ini perlu dihentikan dengan segera. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian Hotline IPK Selangor di talian 012-6009999,” katanya. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad