[UPDATE] Ancaman besar kepada negara. PENYELEWENGAN visa warga asing tanpa tapisan memberi ancaman besar kepada negara.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya akan mengambil tindakan susulan berhubung pendedahan akhbar Harian Metro berkenaan.
"Tindakan susulan sudah dan akan diambil. Bagaimanapun apa tindakan yang kita ambil setakat ini tidak boleh didedahkan.
"Setakat ini polis sedang mengumpul maklumat dan analisa. Apabila maklumat sudah mencukupi, satu operasi khas akan diadakan," katanya pada sidang media selepas majlis Penutup Tilawah Al-Quran Polis Diraja Malaysia (PDRM) peringkat kebangsaan di Maktab PDRM, Cheras, hari ini.
Bermula Rabu lalu, akhbar Harian Metro melaporkanElectronic Travel Registration & Informatian (eNTRI) untuk rakyat China memasuki Malaysia tanpa visa bagi tempoh 15 hari didapati tidak menepati matlamatnya sebagai satu sistem saringan atau tapisan awal, sebagaimana yang diuar-uarkan.
Sebaliknya, kemudahan itu dikesan sekadar menyalurkan wang secara mudah kepada sebuah syarikat yang diberi hak eksklusif oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menguruskannya pada 2016 sehingga sekarang.
Urusan permohonan eNTRI secara dalam talian dilakukan sambil lewa dengan kelulusan dalam masa cuma lima minit dan aspek keselamatan negara nyata diabaikan apabila individu yang disenarai hitam serta ada rekod jenayah turut diberi kelulusan masuk ke negara ini.
Noor Rashid berkata, polis mempunyai beberapa fasa dalam siasatan terutama membabitkan aspek keselamatan negara.
"Fasa pertama adalah proses mengumpul maklumat dan kita (polis) masih berada di fasa berkenaan sebelum mengambil tindakan.
"Apabila sudah cukup maklumat yang dikumpul polis akan ke fasa seterusnya iaitu mengambil tindakan," katanya. - myMetro
[UPDATE] Ancaman besar kepada negara

No comments