• Semasa

    Untuk rakyat Malaysia atau untuk syarikat Singapura?





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Untuk rakyat Malaysia atau untuk syarikat Singapura?. SHAH ALAM- Menteri Kewangan Lim Guan Eng didakwa menipu Dewan Rakyat berhubung pemberian Skim Insurans kepada golongan berpendapatan rendah B40 dalam pembentangan Belanjawan 2019 Jumaat lalu.


    Untuk rakyat Malaysia atau untuk syarikat Singapura?


    Naib Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan berkata, dakwaan itu berdasarkan percanggahan kenyataan Guan Eng dengan syarikat pemberi skim itu iaitu  syarikat Great Eastern Life Insurance Malaysia.

    Jelasnya, Great Eastern Life Insurance Malaysia ini adalah milik bank Singapura OCBC.

    "Dalam pembentangan Belanjawan 2019, Guan Eng ucap terima kasih kepada Great Eastern atas sumbangan RM 2 bilion itu seolah-olah sudah muktamad dan satu jasa baik dari syarikat itu.


    "Tetapi media Singapura Isnin lalu lapor kenyataan syarikat Great Eastern bahawa ia belum setuju buat sumbangan.  Mana satu betul? Adakah Guan Eng telah berbohong di dalam Dewan Rakyat dan di depan jutaan rakyat?," dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Mengulas lanjut, Sharil berharap agar Guan Eng segera membuat  penjelasan sama ada beliau berniat  berbohong atau mengelirukan Dewan Rakyat.

    "Bajet ini untuk rakyat Malaysia atau untuk syarikat Singapura?," katanya.

    Pada pembentangan Belanjawan 2019 lalu  kerajaan mengumumkan akan mewujudkan Skim Insurans B40 di mana Syarikat Great Eastern Life Insurance Malaysia akan menyumbang RM2 bilion caruman sebagai dana permulaan.

    Difahamkan  skim insurans itu akan memberi perlindungan RM8 ribu untuk rawatan empat penyakit kritikal. - Sinar Harian

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad