• Semasa

    6 suspek edar Bible kepada pelajar sekolah





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    6 suspek edar Bible kepada pelajar sekolah. POLIS merekodkan 29 rakaman percakapan berhubung kes pengedaran kitab Bible di hadapan sebuah sekolah menengah di hingga ia tular di media sosial, Jumaat lalu.


    6 suspek edar Bible kepada pelajar sekolah


    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, mereka yang terbabit rakaman percakapan yang direkodkan itu terdiri daripada saksi membabitkan beberapa pihak, individu dan suspek yang terbabit.


    Beliau berkata, proses itu bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung kes berkenaan sebelum ia dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

    “Melalui rakaman percakapan bersama suspek yang terbabit memberitahu tujuan pengedaran kitab itu adalah untuk memberi pendedahan tentang kebaikan dan pengajaran dalam agama Kristian.

    “Mereka juga beranggapan bahawa pengedaran Bible tidak menjadi satu kesalahan kerana sebelum ini pernah membuat edaran di beberapa hotel, klinik dan juga hospital,” katanya dalam kenyataan di Bukit Mertajam, hari ini.

    Jelasnya, polis memanggil enam suspek terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita untuk direkodkan keterangan mereka sahaja.

    “Setakat ini, terdapat lapan laporan polis dibuat berhubung isu pengedaran kitab Bible itu.

    “Polis juga turut mendapatkan semula Bible yang diterima oleh pelajar-pelajar yang akan diserahkan kepada pihak sekolah,” katanya.

    Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

    NSTP semalam yang mengadakan tinjauan ke sekolah berkenaan dilaporkan bahawa kejadian pengedaran kitab itu dilakukan ketika pelajar pulang dari sekolah kira-kira jam 12.10 tengah hari.

    Bagaimanapun, tidak kesemua pelajar mengambilnya bahkan ada yang menyerahkan kepada pengawal keselamatan sekolah kerana menyangkakan ia adalah sebuah kamus.

    Kelmarin Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menasihati semua pihak supaya tidak menimbulkan sebarang masalah dan meminta menghormati Perlembagaan Persekutuan.

    Menurutnya, semua pihak perlu faham Artikel 11 (4) bahawa agama lain bebas diamalkan tetapi tidak boleh didakwah kepada orang Islam.

    Selain pengedaran kitab Bible di hadapan sekolah itu terdapat juga aktiviti mengedar kitab sama yang berlaku di kawasan Bukit Bendera yang menjadi lokasi tumpuan pelancong ke negeri ini. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad