Punca pemuda maut, 5 cedera. PERGADUAHAN antara dua kumpulan kongsi gelap dipercayai menjadi punca pemuda maut, manakala lima lain cedera dalam kejadian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Kuo Kuang, Skudai, hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, kejadian 12.30 tengah hari itu ketika sekolah berkenaan menganjurkan karnival jualan di dewan sekolah.
Katanya, punca kejadian dipercayai akibat pergaduhan dua kumpulan kongsi gelap yang hadir pada karnival itu.
"Pergaduhan bermula di dewan sekolah sebelum dua mangsa ditikam seorang suspek mengakibatkan kedua-duanya yang cedera berlari ke arah luar sekolah.
"Ketika itu kedua-dua mangsa rebah di luar pintu pagar sekolah sebelum seorang mangsa berusia 21 tahun maut akibat ditikam di dada kanan," katanya pada sidang media di luar sekolah itu, hari ini.
Katanya, siasatan mendapati mangsa berusia 15 tahun yang berasal dari Batu 8, Jalan Skudai turut cedera di lengan kiri akibat kejadian itu.
Semua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk siasatan lanjut.
Mengulas lanjut katanya, pihak sekolah memberi kebenaran kepada ibu bapa dan orang luar hadir pada karnival jualan amal terbabit.
"Bagaimanapun berlaku kejadian tidak diduga apabila program disertai 500 orang itu mengakibatkan pergaduhan hingga ada mangsa terbunuh.
"Kejadian pertama kali itu bagaimanapun tidak membabitkan pelajar sekolah, sebaliknya mangsa lelaki berasal dari Taman Mewah, Setiawan, Perak," katanya.
Bertindak atas laporan diterima bilik gerakan polis itu, 12 individu berusia 14 hingga 21 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
"Tindakan pantas polis berjaya menahan semua suspek terbabit di sekitar kawasan sekolah itu.
"Tangkapan pertama membabitkan sembilan individu sebelum diikuti tiga suspek lain yang cedera," katanya.
Katanya, polis masih mengesan suspek lain, selain mengetahui latar belakang kumpulan terbabit pergaduhan itu.
Katanya, siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Kesesaan kerana membunuh. - myMetro
Punca pemuda maut, 5 cedera

No comments