Ibu Zara mahu hukuman berat ke atas pelaku. RANTAU PANJANG: “Saya nak pelaku dikenakan hukuman setimpal kerana mendera bayi saya yang tidak bersalah dan ada kesan koyakan di kemaluan anak.
“Saya reda dengan kejadian itu tetapi hati saya tidak tenang selagi pelaku tidak dijatuhkan hukuman berat bagi memberi pengajaran kepadanya dan juga orang lain,” kata Noraihan Ab Aziz, 22, ibu kepada Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal, bayi 11 bulan yang meninggal dunia Jumaat lalu selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang.
Noraihan berkata, penderaan itu terlalu kejam kerana anak kecilnya tidak tahu apa-apa dan tidak bersalah.
Katanya, penderaan yang dipercayai dilakukan oleh suami pengasuhnya itu terlalu berat untuk diterima kerana ia tidak masuk akal.
“Saya tidak percaya perkara itu berlaku terhadap anak saya yang dihantar kepada pengasuh pada Rabu lalu dalam keadaan baik.
“Saya terpaksa menghantar dua anak kepada pengasuh kerana saya perlu bekerja memandangkan keadaan ekonomi tidak stabil dan mahu membantu suami.
“Saya tidak sangka baru lebih sebulan hantar anak ke rumah pengasuh, begini pula penamatnya,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Tasik Permai, di sini, hari ini.
Menurutnya, dia dan suami, Muhammad Zainal Abd Rahman, 27, sebelum ini bercadang mencari pengasuh lain kerana anak bongsu daripada dua beradik itu seakan-akan tidak mahu tinggal di rumah pengasuh berkenaan.
Katanya, hasrat mereka mencari pengasuh lain terpaksa di lakukan pada cuti hujung minggu kerana kekangan masa tetapi tidak sempat berbuat demikian apabila anak tersayang meninggal dunia.
“Setiap kali hantar anak ke rumah pengasuh, dia sering menangis dan dua minggu lalu selama dua hari berturut-turut keadaan badan anak lebam di dahi dan kedua-dua tangan.
“Keadaan itu membuatkan saya tidak sedap hati tetapi tiada pilihan kerana sukar mencari pengasuh lain,” katanya.
Menurutnya, anak sulung, Muhammad Alif Zamani, 5, turut dihantar ke rumah pengasuh yang sama tetapi tidak pernah mengalami kecederaan.
Katanya, anak sulungnya tidak pernah menceritakan apa-apa ketika berada di rumah pengasuh dan hanya pada hari kejadian anak memberitahu adiknya tercekik epal.
“Anak sulung amat rapat dengan Zara dan sering bertanya kenapa adiknya masuk dalam kubur.
“Saya tak tahu nak jawab apa kerana anak sulung menganggap adiknya sedang tidur,” katanya jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gual Periok, di sini, 7.50 pagi semalam.
NSTP sebelum ini melaporkan seorang bayi perempuan berusia 11 bulan meninggal dunia Jumaat lalu selepas dua hari dilaporkan tenat dipercayai didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuh. - BHonline
Ibu Zara mahu hukuman berat ke atas pelaku

No comments