• Semasa

    Pelbagai punca anu kena 'dera'





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Pelbagai punca anu kena 'dera'. SUNGAI BULOH: Tertekan dengan masalah dialami serta perasaan ingin tahu antara faktor menyebabkan berlaku kes terpencil membabitkan kes ‘benda’ tersangkut pada kemaluan.


    Pelbagai punca anu kena 'dera'


    Pegawai bomba yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh Rosdi Hainan berkata, beliau pernah membantu dalam kes seumpama sebanyak empat kali sepanjang berkhidmat dalam pasukan bomba sejak 23 tahun lalu.

    Katanya, ketika bertugas di zon Klang Selatan, Selangor, beliau pernah membantu mengeluarkan cincin besi pada kemaluan seorang lelaki kurang siuman.

    “Ada juga kes membabitkan botol air mineral tersangkut pada kemaluan seorang lelaki yang mabuk dipercayai akibat perbuatan budak nakal. Malah, ada kes diterima membabitkan seorang lelaki tersangkut kemaluan pada gelung besi selepas bercerai dengan isteri.

    “Dalam kes terbaru kelmarin, lelaki warga emas tersangkut kemaluannya pada batang paip Polyvinyl Chloride (PVC).

    “Setiap kes itu berlaku atas sebab berbeza termasuk tertekan dengan masalah dialami dan perasaan ingin tahu. Ada juga yang berlaku dalam keadaan tidak sedar,” katanya ketika dihubungi semalam.

    Rosdi berkata, kebanyakan kes diterima dalam tempoh 24 jam selepas mangsa gagal mengeluarkan objek itu.

    “Dalam kes sebegini (kelmarin), mangsa mungkin malu untuk memaklumkan perkara itu lebih awal menyebabkan dia terpaksa menahan sakit selama dua hari sebelum mendapatkan bantuan.

    “Bagi kes ini, kami menggunakan peralatan khas dikenali sebagai air rescue ring cutter untuk memotong benda yang tersangkut pada kemaluan mangsa selain kayu penyedal supaya kulit mangsa tidak cedera. Masa diambil kira-kira lima minit hingga hampir satu jam bagi memotong benda terbabit bergantung kepada jenis benda berkenaan.

    “Untuk kes sebegini, anggota bertugas harus mempunyai kemahiran bagi memastikan mangsa yang terbabit tidak cedera,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh Muhammad Hazrin Zulkifli berkata, pihaknya ada menerima panggilan kecemasan yang memerlukan khidmat mereka memotong benda yang tersangkut.

    “Banyak panggilan kami terima membabitkan benda yang tersangkut pada anggota badan mangsa termasuk cincin yang melekat pada jari. Baru-baru ini, kami berjaya mengeluarkan lima cincin pada jari tangan kiri seorang lelaki.

    “Dalam kes biasa sebegini, mangsa yang datang sendiri ke balai. Namun jika kes membabitkan kemaluan, kebiasaannya kami dihubungi pihak hospital yang mempunyai pesakit berdepan perkara itu,” katanya.

    Dalam kejadian kelmarin, bomba membantu memotong paip PVC yang tersangkut pada kemaluan seorang lelaki berusia 60-an selepas mangsa cuba mendapatkan bantuan pihak Hospital Sungai Buloh di sini. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad