Isteri maut tercampak keluar dari kereta. “BIARPUN sedih kehilangan isteri, namun saya bersyukur Allah selamatkan anak saya,” kata Mohd Kaswady Yusof, 36, selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 336.3, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Paka, semalam.
Dalam kejadian jam 6.50 petang, mangsa Siti Husna Che Mat, 38, yang mengalami kecederaan dalaman maut di tempat kejadian.
Bagaimanapun, Mohd Kaswady dan anak mereka Khaliqah Qasdina, 3, tidak cedera.
Kejadian berlaku apabila kereta Perodua Myvi yang dipandu Mohd Kaswady dipercayai terbabas sebelum melanggar pembahagi lebuh raya.
Mohd Kaswady berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Petani, Kelantan.
“Saya baru beli kereta di Johor Baharu, dan ketika dalam perjalanan hujan lebat sebelum kereta berpusing.
“Sebaik berhenti saya dapati anak saya berada di atas riba, manakala isteri tiada di sisi, rupa-rupanya dia tercampak keluar kira-kira 10 meter,” katanya.
Katanya, dia kemudian pantas mendukung anaknya keluar menyelamatkan diri kerana bimbang keretanya itu akan dirempuh kenderaan lain.
“Suasana sangat gelap dan saya rasa sebelum kenderaan lain langgar, lebih baik saya bawa anak keluar untuk menyelamatkan diri,” katanya.
Katanya, dia kemudian mencari isterinya yang terperosok di bawah besi pembahagi lebuh raya dan amat sedih apabila pengguna memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - myMetro
Isteri maut tercampak keluar dari kereta

No comments