• Semasa

    Kantoi hidang daging manusia dalam mi





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Kantoi hidang daging manusia dalam mi. BANGKOK - THAILAND. Pelanggan di sebuah restoran vegetarian di Thailand gempar awal minggu lalu selepas mendapati hidangan mi mereka dicampurkan potongan daging.


    Kantoi hidang daging manusia dalam mi


    Susulan itu, beberapa pelanggan bertindak melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa tempatan yang akhirnya membawa kepada penemuan mengerikan.

    Pemeriksaan yang dilakukan pada daging itu mendapati ia bukan daging lembu atau khinzir sebaliknya daging manusia.

    Lebih memeranjatkan, polis turut menemui mayat seorang lelaki berusia 61 tahun yang membusuk di tangki septik premis tersebut selain kesan percikan darah pada dinding dan lantai dapur.

    Difahamkan, pemilik restoran itu bertindak melarikan diri sejurus pihak berkuasa tiba.

    Hasil siasatan awal mendapati mayat tersebut adalah milik pelanggan tetap restoran itu, Prasit Inpathom yang kali terakhir dilihat minum di restoran itu pada 21 Oktober lalu.

    Prasit dipercayai bertengkar dengan pemilik premis itu hingga menyebabkan dia menemui ajal akibat dipukul pada kepala dengan objek tumpul selain ditikam sebanyak enam kali pada perut dan kakinya.

    Menurut polis, pemilik restoran itu cuba untuk menghapuskan mayat mangsa dengan mengisar dagingnya dan dihidangkan kepada pelanggan.

    Tidak diketahui sama ada terdapat pelanggan yang sudah menjamah menu daging manusia itu. - Daily Mail

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad