• Semasa

    Belanjawan 2019 ‘ciplak’ initiatif kerajaan BN?





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Belanjawan 2019 ‘ciplak’ initiatif kerajaan BN?. SEMUA rakyat tertunggu-tunggu pembentangan Bajet 2019 oleh Menteri Kewangan dari Kerajaan Baharu PH terutamanya golongan yang kehidupan mereka terhimpit ketika ini.


    Belanjawan 2019 ‘ciplak’ initiatif kerajaan BN?


    Harapan mereka Bajet 2019 akan mampu mengeluarkan mereka dari kesengsaraan ketika ini.Kami juga sebagai Blok Pembangkang mengharapkan satu kelainan dan pembaharuan yang jelas seperti apa yang digembar-gemburkan sebelum ini.

    Malangnya harapan mereka hampa setelah 2 jam pembentangan namun tiada yang istimewa dari Kerajaan PH. Semuanya hambar dan tidak banyak initiatif baru. Apa yang jelas hanya mengulangi dan menyambung initiatif Kerajaan BN yang dikutuk dan dihina selama ini.

    1. BR1M dituduh dedak dan rasuah namun di dalam Belanjawan 2019 kali ini ianya diteruskan dengan mengurangkan jumlah kepada RM 1000 bagi yang berpendapatan 2,000 ke bawah. RM 750 bagi pendapatan 2001 - 3000. RM 500 bagi pendapatan 3001-4000. Kenyataan sebelum ini Kerajaan PH tidak akan beri duit percuma kepada rakyat telah mereka telan tanpa rasa bersalah.

    2. Harapan masyarakat luar bandar mengurangkan kesengsaraan mereka ketika ini juga tidak kesampaian. Seperti kita tahu harga getah dan kelapa sawit merudum dengan teruk sekali. Harga getah RM 1.80 sekilo hanya membolehkan mereka memperolehi pendapatan sekitar RM 8 hingga RM 10 sehari sahaja. Satu kilogram getah tidak mampu untuk membeli sekilogram gula untuk mereka.

    3. Begitu juga harga buah tandar segar kelapa sawit kini di sekitar RM 370 satu tan. Selepas ditolak upah dan pembelian input pertanian seperti baja racun dan lain-lain maka pendapatan bersih mereka di sekitar RM 200 sahaja. Harapan mereka tentu ada insentif baru dari kerajaan. Namun yang diumumkan adalah bio diesel, jalan berasaskan getah dan harga lantai getah sebanyak RM 2.20 yang telah pun dilaksanakan oleh Kerajaan BN sebelum ini. Tiada pun insentif baru atau strategi atau kaedah untuk menstabilkan harga atau alternatif baru untuk menambahkan pendapatan mereka.

    Tidak ada pengumuman tentang harga lantai kelapa sawit. Tidak ada pengumuman tentang bantuan sara hidup musim tengkujuh.

    4. Bagi nelayan juga tidak ada pengumuman tentang bantuan sara hidup nelayan laut atau nelayan darat.

    5. Tiada pengumuman untuk Perumahan Generasi Kedua Felda atau Generasi Kedua Kampung Tradisional seperti rumah bina negara.

    6. PTPTN telah terbukti hari ini hanya sebagai retorik politik Kerajaan PH apabila ianya tidak dihapuskan malah potongan gaji akan dibuat kepada peminjam yang bergaji RM 1,000 ke atas. Dengan kata lain kesemua peminjam yang bekerja akan terus dibuat pemotongan gaji mandatori. Ini kerana tidak ada yang bergelar mahasiswa mendapat gaji dibawah atau kurang daripada RM 1,000 dan ia lebih rendah dari gaji minimum yang baru sahaja diumumkan Kerajaan PH sebanyak RM 1,100 dan masih jauh dari jumlah yang dijanjikan dalam manifesto PH sebelum PRU14 sebanyak RM 1,500.

    Ini bermakna bajet kali ini tidak membawa banyak makna kepada masyrakat luar bandar yang mana kehidupan mereka terlalu terhimpit ketika ini hasil kenaikan harga barangan tanpa kawalan. Bajet yang mereka harapkan dapat mengurangkan bebanan mereka tidak lebih dari retorik kosong dan ceramah politik dalam pembentangan bajet semata-mata.

    Jauh sekali bajet kali ini untuk mensejahterakan rakyat malah bajet kali ini langsung tidak dapat mengurangkan kesengsaraan rakyat.

    Seperti kenyataan Menteri Kerja Raya sebelum ini supaya rakyat boleh terus bermimpi untuk mendapat tol percuma tetapi kerajaan jelas tidak akan melaksanakan janji manifesto mereka. Bajet kali ini juga rakyat boleh terus bermimpi itu dan ini dari kerajaan yang mereka pilih tapi hakikatnya hari ini telah terjawab bahawa mimpi mereka hanya sebuah mimpi yang takkan mungkin menjadi kenyataan.

    *Ismail Sabri Yaakob, Naib Presiden Umno

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad