• Semasa

    [UPDATE] Suspek langgar lari akhirnya dicekup





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    [UPDATE] Suspek langgar lari akhirnya dicekup. POLIS menahan tiga lelaki Arab dan seorang wanita warga Malaysia, 12 tengah malam tadi susulan kejadian langgar lari sehingga menyebabkan kematian di Shaftsbury Square, Cyberjaya.


    [UPDATE] Suspek langgar lari akhirnya dicekup


    Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, penahanan dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor membabitkan seorang lelaki Yemen berusia 22 tahun di Persiaran Putra Permai Selesa, Pusat Bandar Putra Permai Seri Kembangan.

    "Seterusnya tangkapan lanjut dibuat di Cyberjaya membabitkan dua warga Libya berusia 24 dan 20 tahun dan seorang wanita berusia 32 tahun berasal dari Sabah.

    "Kereta Hyundai berwarna silver yang terbabit dengan kes berkenaan turut dirampas," katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Beliau berkata, semua tangkapan membabitkan penuntut di universiti antarabangsa di Cyberjaya.

    "Seorang daripada lelaki yang ditangkap mengaku memandu kenderaan Hyundai itu ketika kemalangan," katanya.

    Wan Amirah Wan Alias, 31, yang parah dirempuh dan diseret kereta di hadapan bangunan kedai Shaftbury Cyberjaya, kelmarin meninggal dunia di Hospital Putrajaya, 4 pagi semalam.

    Mangsa dirempuh kereta Hyundai nombor pendaftaran BHS 7999 sebelum pemandunya bertindak melarikan diri.


    Video kejadian itu tular di media sosial dan mendapat kecaman netizen berikutan suspek memandu dalam keadaan berbahaya.

    Kereta suspek turut merempuh kereta Proton, Toyota Avanza, Perodua Myvi dan Honda City di lokasi sama sebelum melarikan diri.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

    Semua suspek terbabit akan direman hari ini di Mahkamah Sepang. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad