• Semasa

    3 maut, 12 dikhuatiri tertimbus





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    3 maut, 12 dikhuatiri tertimbus. TIGA maut, manakala 12 lagi buruh binaan jalan raya berkembar di Bukit Kukus, Georgetown, dikhuatiri masih tertimbus selepas kontena didiami mereka terbabit dalam kejadian tanah runtuh, hari ini.


    3 maut, 12 dikhuatiri tertimbus


    Dalam kejadian 2 petang itu, sebahagian kawasan pembinaan lebuh raya berkembar yang menempatkan kediaman buruh binaan projek terbabit terbalik ekoran hujan lebat.

    Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Saidon Moktar berkata, kawasan runtuhan itu dianggarkan seluas 1,000 kaki persegi.

    “Kejadian ini membabitkan empat kontena buruh binaan lebuh raya berkembar yang tertimbus ekoran kejadian tanah runtuh.

    “Mayat pertama ditemui 3.40 petang, selain operasi mencari dan menyelamat mangsa lain masih diteruskan,” katanya

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad