• Semasa

    Maut dipanah petir





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Maut dipanah petir. LELAKI berusia 28 tahun maut selepas dipanah petir berhampiran Plaza Tol Kemuning, Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) di sini, petang semalam.


    Maut dipanah petir


    Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang, mangsa, Wan Mohmad Rusdi Wan Rusli maut di lokasi kejadian.

    Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas habis bekerja.

    Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, mangsa yang bekerja sebagai operator kilang di Seksyen 26 itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Telok Panglima Garang, Banting.


    “Ketika dalam perjalanan, mangsa yang menaiki motosikal Honda EX5 itu dipercayai dipanah petir.

    “Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

    Beliau berkata, isteri mangsa bersama abangnya hadir ke lokasi kejadian untuk pengecaman.

    Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat, hari ini.

    “Pemeriksaan di tempat kejadian mengesahkan tiada unsur-unsur jenayah. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad