Ajal daki Gunung Berembun. SEREMBAN - Seorang lelaki menemui ajal ketika mendaki Gunung Berembun di Jalan Pantai di sini, hari ini.
Ketika kejadian, Allahyarham Hazrul Nizam Mohd Haranlani, 41, yang merupakan pegawai Kastam difahamkan mendaki secara berkumpulan bersama 25 pendaki lain bermula jam 7 pagi.
Namun allahyarham dipercayai mengalami sesak nafas dan pengsan sebelum rakannya menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, bomba menerima maklumat mengenai seorang lelaki dikatakan pengsan ketika sedang mendaki jam 11.44 pagi.
"Sepasukan bomba telah ke lokasi, namun sebaik sampai mangsa didapati telah pun meninggal dunia.
"Usaha membawa mangsa turun dari puncuk gunung masih dilakukan dan perjalanan mengambil masa lebih kurang empat jam," katanya. - Sinar Harian
Ajal daki Gunung Berembun

No comments