• Semasa

    Punca suami diikat pada tiang, isteri dibogelkan





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Punca suami diikat pada tiang, isteri dibogelkan. New Delhi: Akibat berkahwin tanpa restu keluarga, pasangan muda diculik sebelum dibelasah sambil diikat pada tiang malah turut dipaksa meminum air kencing.


    Punca suami diikat pada tiang, isteri dibogelkan


    Lelaki terbabit diikat pada tiang dan dibelasah manakala isterinya dibogelkan serta dipotong rambutnya sebelum dipaksa meminum air kencing sebagai balas dendam terhadap perbuatan mereka.

    Masing-masing berusia 23 dan 21 tahun itu diculik keluarga pengantin wanita sambil mengacukan pistol dalam kejadian di Alirajpur, Madha Pradesh, India.

    “Ibu bapa wanita itu mendapat tahu kepulangan anaknya dan menyerbu kediaman ditumpang menggunakan senjata sebelum melarikan mereka pada 25 Julai lalu kerana menganggap mereka mencemarkan maruah keluarga,” kata pegawai polis tempatan, Vikas Kapis kepada NDTV.

    Polis menyiasat selepas pasangan terbabit membuat laporan polis terhadap bapa, dua bapa saudara serta tiga lagi individu.

    Dua suspek sudah ditahan.

    Insiden kejam itu sempat dirakam dan dikongsi sendiri seorang penyerang mereka. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad