• Semasa

    Atuk sedara cuba untuk masukkan 'bird' pada saya ketika umur saya 14 tahun





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Atuk sedara cuba untuk masukkan 'bird' pada saya ketika umur saya 14 tahun |

    Assalamualaikum ummi,

    Saya pun adalah mangsa pedo…

    Umur saya 6 tahun, arwah abah saya meninggal,adik beradik saya seramai 8 orang, kerana itu saya diberi kepada atuk saudara saya, dari hidup di kampung, saya duduk di bandar.



    2 tahun kemudian, terjadilah peristiwa hitam. Atuk saudara saya yang saya percaya, lakukannya. Ia bermula dalam flight dari Kelantan ke Subang, dia belai2 peha saya, saya sangka itu kebiasaan seorang ayah.

    Segalanya tidak berakhir disitu. Setiap kali bertembung jalan, atuk sedara tu suka pegang bontot, kalau saya jerit kata, “apa nie”, dia akan kata tak sengaja. Selalulah benda tu terjadi, smpailah satu masa tu dia masuk ke bilik tido saya malam2, cium saya, pegang buah dada saya. Saya pernah mengadu pada anak perempuan atuk sedara,anak perempuan dia kata,tak mungkinlh bapa dia buat begitu,sebab bapa dia org yg warak.

    Benda ini berlarutan sampai atuk sedara saya berani cuba untuk masukkan alat kemaluaannya pada saya ketika umur saya 14 tahun.

    Tapi Allah,sayangkan saya, Allah dorongkan kekuatan yang luar biasa untuk saya lawan orangtua kutuk tu.

    Ummi,
    Setiap malam, saya tidur dalam ketakutan, kuncilah pintu mcam mana pun, atuk tu akan buka jugak. Nak mengadu dengan arwah nenek saudara jadi serba salah, sebab arwah layan saya baik sgt.

    Hinggalah umur saya 17 tahun saya bertindak larikan diri dari rumah nenek, saya duduk di rumah kawan, pada kawan saya ceritakan segalanya. Bila kawan dapat tahu, dia beritahu nenek saudara, datanglah nenek saudara pujuk saya dan bawak balik.

    Di rumah nenek saudara panggil atuk saudara dan tanya, apa yang dia pernah buat pada saya, atuk saudara tak mau mengaku, hinggalah nenek saudara keluarkan parang potong ikan untuk tetak dia, baru atok saudara mengaku.

    Walaupun dengan kejadian itu, saya bersyukur, saya tak buat maksiat sampai terlanjur atau sebaliknya.

    Apa yg saya lalui selama itu sangat2lah meninggalkan kesan hingga ke hari ini.
    Umur saya 43 tahun, baru 6 tahun berkahwin, ambil masa yang lama untuk saya berkahwin, sebab saya sangat bencikan lelaki yang berumur yang berpangkat bapa atau atuk.

    Kesannya hingga sekarang, kalau saya tidur malam2, suami peluk senyap2 akan buat saya marah dan menangis.Hingga ke hari ini, segala yang berlaku bagaikan semalam je.Saya ceritakan segalanya pada suami.

    Alhamdulillah dia sangat memahami.
    Tapi kesan dari peristiwa hitam ini menghantui hidup saya hingga kini.Emak emak bacalah, kesan trauma sampai tua, orang yang diharap untuk melindungi tetapi dia yang makan dulu.
    Masing masing jaga anak sendiri,Anak adalah kawan,

    Mak LizaMak
    #PedoCabulLiwatRogol
    sumber : baitus solehah

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad