• Semasa

    Maut digilis lori tanah





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Maut digilis lori tanah. LELAKI maut digilis lori tanah di Kilometer 25, Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur berhampiran kuil Ladang Tuan Mee, Bestari Jaya, Kuala Selangor, hari ini.


    Maut digilis lori tanah


    Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Noor Jaihan Nanyan berkata, dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa, T Loganathan, 21, yang menunggang motosikal dari arah Kuala Lumpur itu dipercayai hilang kawalan.


    “Mangsa yang bekerja sebagai mekanik itu dipercayai terbabas ke laluan bertentangan. Pada masa sama, lori tanah dari arah Kuala Selangor itu gagal mengelak seterusnya melanggar mangsa.

    “Mangsa maut di tempat kejadian akibat parah manakala pemandu lori tidak cedera,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Beliau berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan diminta menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

    Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd Rizal Buang, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan berkenaan pada 9.16 pagi.

    “Kami mendapat laporan seorang lelaki tersepit di bawah lori dan bergegas ke lokasi kejadian.

    “Mangsa dikeluarkan dengan menggunakan peralatan penyelamat unit hidraulik (RTA) dan kes berkenaan kemudiannya diserahkan kepada polis,” katanya.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad