• Semasa

    Kejamnya seksa, 'ratah' 34 budak...





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Kejamnya seksa, 'ratah' 34 budak... SEPULUH kakitangan rumah kebajikan kanak-kanak perempuan ditahan kerana disyaki mencabul, menyeksa dan merogol 34 kanak-kanak di bawah perlindungan mereka di Bihar, New Delhi, lapor media tempatan.


    Kejamnya seksa, 'ratah' 34 budak...


    Telegraph India melaporkan, kebanyakan mangsa dalam kes itu berusia antara tujuh hingga 14 tahun, malah sekurang-kurangnya tiga sedang hamil, manakala tiga lagi pernah menggugurkan kandungan.

    Seorang suspek kes itu masih diburu polis dan ada antara kakitangan yang ditahan adalah wanita. Turut ditahan, pemilik organisasi bukan kerajaan yang mengendalikan rumah kebajikan berkenaan.


    Hindustan Times memetik anggota suruhanjaya wanita Bihar yang menemui mangsa berkata, semua kanak-kanak itu turut diberi dadah dan diugut supaya merahsiakan penyeksaan mereka.

    Malah, sesiapa yang menentang tidak diberi makan serta dibelasah.

    Difahamkan, seorang gadis didakwa dipukul sampai mati kerana melawan sebelum mayatnya dibawa dari situ menaiki beca.

    Seramai 31 kanak-kanak diselamatkan dari rumah perlindungan itu pada 21 Jun lalu susulan laporan audit pekerja sosial dari Institut Sains Sosial Tata, dua bulan lalu, menyebabkan mahkamah mengarahkan polis melancarkan siasatan, lapor Sky News.

    Polis dalam siasatan mereka turut mengorek tanah di pekarangan premis itu susulan dakwaan mangsa yang mati ditanam di situ. - Agensi

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad