• Semasa

    Wanita maut ditelan ular sawa





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Wanita maut ditelan ular sawa. SULAWESI TENGGARA - INDONESIA. - Kehilangan seorang wanita pada hari raya pertama Jumaat lalu terjawab apabila mayatnya ditemui di dalam perut seekor ular sawa yang ditangkap berhampiran lokasi mangsa dilaporkan hilang.


    Wanita maut ditelan ular sawa


    Kejadian ngeri itu berlaku di perkampungan Persiapan Lawela di Pulau Muna.

    Mayat Wa Tiba, 54, berjaya dikeluarkan selepas penduduk membelah perut reptilia terbabit.

    "Mangsa kali terakhir dilihat pada hari Khamis dan sedang menuju ke kebun miliknya.

    "Namun, keluarganya berasa curiga kerana mangsa tidak kelihatan untuk solat Aidilfitri pada keesokan harinya.

    "Susulan itu, keluarga mangsa dan penduduk kampung melancarkan gerakan mencari dan menjumpai seekor ular sawa di kawasan semak.

    "Ular itu kekenyangan dan tidak mampu untuk bergerak. Berhampirannya terdapat kasut serta parang milik mangsa," kata ketua polis tempatan, Hamka.

    Menurutnya, kepala mangsa ditelan dulu manakala tubuhnya masih sempurna. - Tribunnews

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad