• Semasa

    Pekebun berputih mata





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Pekebun berputih mata. JASIN - Seorang pekebun berputih mata apabila kereta Honda Accord baharu dibelinya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 34 Jalan Kesang - Jasin di sini, pagi semalam.


    Pekebun berputih mata


    Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu memaklumkan, dalam kejadian jam 8.25 pagi, pemandu berusia 34 tahun itu dikatakan dalam perjalanan dari Felda Bukit Senggeh menghala ke Pam Minyak Shell Taman Maju.

    Menurutnya, sewaktu melalui Jalan Kesang -Jasin, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar tiang elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

    “Bagaimanapun, pemandu tersebut bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59,” katanya. - Sinar Harian

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad