• Semasa

    Tun M mungkin sindir KJ?





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Tun M mungkin sindir KJ?. KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menganggap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menyindirnya apabila menamakan beliau sebagai calon paling layak untuk jawatan Presiden Umno.


    Tun M mungkin sindir KJ?


    Menurut Khairy, Mahathir memang dikenali sebagai seorang yang suka memberi kenyataan sarkastik.

    “Saya anggap Tun (Mahathir) hanya sarkastik. Tun Dr Mahathir, dia selalu sarkastik. Mungkin dia perli saya,” katanya hari ini.

    Semalam, Mahathir menamakan Khairy sebagai calon layak menjawat jawatan Presiden Umno berikutan keadaan terkini Umno yang dalam keadaan kucar-kacir sehingga tidak dapat menentukan hala tuju perjuangan parti.

    Setakat ini, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan akan bertanding jawatan Presiden Umno.

    Manakala, Khairy sah mahu bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti, 30 Jun ini.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad