Baju raya jadi kenangan. “HANYA kenangan baju raya dan kelengkapan Aidilfitri yang ditinggalkan mereka menjadi ingatan kepada saya pada pagi 1 Syawal nanti,” kata Mazlan Mohd Rashid, yang masih teringatkan arwah isteri dan tiga anaknya yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 161.3 Lebuhraya Pantai Timur menghala Kemaman, dekat Maran, pagi semalam.
Peniaga kedai runcit berusia 54 tahun itu berkata, Syawal yang sepatutnya disambut gembira oleh umat Islam di seluruh negara pada 15 Jun ini, tidak bermakna buatnya kerana ketiadaan isteri dan tiga anak tercinta untuk bersama di pagi Syawal.
“Sudah tentu suram, tidak seperti biasa. Yang tinggal hanya pakaian yang mereka beli di ibu negara yang sepatutnya dipakai untuk Aidilfitri nanti.
“Saya reda dengan ketentuan Allah SWT dan anggap pasti ada hikmahnya,” katanya ketika dihubungi NSTP, di Kuantan, hari ini.
Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa yang juga isteri Mazlan, Azian Abdullah, 50, serta tiga anaknya, Fatin Najwa Mazlan, 27, Fatin Nur Adriana, 15, dan Mohamad Danish Najmi, 10, maut di tempat kejadian selepas cedera parah di bahagian kepala apabila kereta Perodua Myvi dinaiki dikatakan terbabas sebelum melanggar besi pembahagi jalan.
Manakala dua lagi mangsa yang juga anak Mazlan iaitu Mohd Shahrul Ikhram, 20, dan Fatin Nur Athirah, 19, cedera dan dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh.
Mazlan memaklumkan, saudara dan rakan-rakan banyak membantu memulihkan semangatnya berikutan kehilangan empat insan tersayang sekali gus.
“Mereka tidak henti-henti beri kata semangat sejak di Hospital Jengka sampailah di tanah perkuburan... sentiasa tenang dan sabarkan saya.
“Jika tiada mereka, mungkin saya akan lebih bersedih mengenangkan nasib yang menimpa,” katanya.
Peniaga runcit itu memaklumkan, dua anaknya yang cedera juga sudah dibenarkan keluar dari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), petang semalam dan kini berada di rumah mereka di Taman Gemilang, Bandar Cheneh Baharu, Kemaman.
Katanya, doktor turut menasihatkan mereka supaya berehat dan segera mendapatkan rawatan di hospital berhampiran sekiranya mengalami sebarang masalah kesihatan kembali. - myMetro
Baju raya jadi kenangan

No comments