• Semasa

    Wanita Ini Dakwa Kepala Anaknya Ditumbuk Guru Sekolah di Putrajaya





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Wanita Ini Dakwa Kepala Anaknya Ditumbuk Guru Sekolah di Putrajaya - PUTRAJAYA - Ditumbuk di kepala hanya kerana beri jawapan yang salah ketika menjawab soalan bahasa inggeris, menyebabkan ibu kepada murid darjah tiga di sebuah sekolah kebangsaan di Putrajaya, membuat laporan polis. 

    Wanita Ini Dakwa Kepala Anaknya Ditumbuk Guru Sekolah di Putrajaya


    Nur Syaheerah Sutchira Abdullah berkata, kejadian itu berlaku pada Selasa lalu  di dalam kelas, apabila anaknya, Adam Mikhael Mubashir, 9, ditumbuk guru terbabit di bahagian kepala sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan bahagian belakang pinggang anaknya  terkena bucu meja. 

    Selain dari ditumbuk, mangsa juga diminta berdiri sehingga tamat waktu kelas. 

    "Saya terkilan anak saya diperlakukan sehingga begitu. Saya ada bertemu dengan guru besar tetapi dia kata akan pantau guru itu dan anak saya. Tetapi tiada apa-apa tindakan dikenakan terhadap guru berkenaan. Hanya anak saya diberi kaunseling," katanya, memetik dari laporan Free Malaysia Today

    Menurut Syaheerah, disebabkan kejadian itu anaknya mengalami pening dan loya akibat tumbukan yang kuat sehingga menyebabkan gegaran pada otak. Adam Mikhael juga tidak berani hadir ke sekolah akibat trauma dan takut dengan guru berkenaan. 

    "Guru besar hanya memaklumkan akan memindahkan guru itu ke kelas lain dan tidak mengajar di kelas anak saya. Tetapi masih satu sekolah sebab waktu rehat akan jumpa cikgu itu," katanya dalam sidang media di Presint 11, Putrajaya, petang tadi. 

    "Adam pesan pada saya, jangan beritahu kejadian itu kepada pihak sekolah kerana dia takut dengan guru itu," tambahnya lagi. 


    Ekoran kejadian itu, Syaheerah membuat laporan polis di IPD Putrajaya Jumaat lalu kerana bimbang dengan keselamatan anaknya. 

    Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan, mengesahkan pihaknya menerima laporan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

    sumber: Thereporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad