• Semasa

    GEMPAR !! Arab Saudi Siasat Video Wanita Berpakaian Seksi





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    GEMPAR !! Arab Saudi Siasat Video Wanita Berpakaian Seksi - Pihak berkuasa di Arab Saudi sedang menyiasat seorang wanita muda yang menyiarkan video dirinya memakai miniskirt dan baju singkat di khalayak umum. Wanita itu, seorang model yang dikenali sebagai Khulood, berkongsi klip video dirinya berjalan di sekitar kubu bersejarah di Ushayqir.

    Arab Saudi Siasat Video Wanita Berpakaian Seksi

    GEMPAR !! Arab Saudi Siasat Video Wanita Berpakaian Seksi


    Menurut BBC, rakaman itu mencetuskan perdebatan hangat di media sosial, dengan ada yang menuntut wanita itu ditangkap kerana melanggar larangan berpakaian ketat di negara Islam berkenaan. Namun, tidak kurang juga yang tampil mempertahankan wanita itu sambil memuji keberaniannya. Wanita Arab Saudi diwajibkan memakai jubah labuh yang dikenali sebagai abaya di khalayak umum, serta menutup kepala.

    Mereka juga dilarang memandu dan diasingkan daripada lelaki yang bukan mahram. لو كانت اجنبية كان تغزلوا بجمال خصرها وفتنتة عيناها .. بس لانها سعودية يطلبوا محاكمتها ! #مطلوب_محاكمة_مودل_خلود pic.twitter.com/ttYqynySN2 — فاطمة العيسى (@50BM_) July 16, 2017

    Dalam video yang pada awalnya dikongsi di Snapchat pada hujung minggu lalu, Khulood dilihat berjalan di sebatang jalan yang kosong di sebuah kubu di Perkampungan Warisan Ushayqir, yang terletak kira-kira 155km di utara Riyadh, di wilayah Najd.

     Najd adalah antara kawasan yang paling konservatif di Arab Saudi. Di sinilah pengasas Wahabi - sejenis bentuk Islam Sunni sederhana yang diamalkan oleh keluarga diraja Saudi - dilahirkan pada akhir abad ke-18.

     Video Khilood kemudianya dikongsi oleh rakyat Saudi di Twitter, yang menyaksikan pendapat berbelah-bahagi mengenai cara model itu berpakaian. Ada yang berkeras bahawa Khulood harus dihukum manakala yang lain berkata wanita itu harus dibenarkan memakai apa yang dia inginkan. 

    Ada yang mempertahankan Khulood dengan berkata, isteri Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Melania, dan anak perempuan, Ivanka, memilih untuk tidak memakai abaya atau bertudung ketika berkunjung ke Arab Saudi pada bulan Mei.

     Ada yang menulis bahawa hanya jika wanita itu adalah orang asing, ramai yang akan membicarakan kecantikannya, tetapi kerana Khulood adalah warga Saudi, mereka mahu dia ditangkap. ssumber: Malaysiakini

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad