Turki Desak 'Hormati Hak Qatar' Untuk Mengakhiri Krisis Teluk
(Foto: File)
"Isu-isu yang sedang berlaku antara negara-negara (Teluk), yang bersaudara, mesti diselesaikan segera dengan dialog yang ikhlas dan menghormati hak Qatar," kata Menteri Pertahanan Turki, Fikri Isik semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya, Khaled bin Mohammed al - Attiyah di Ankara pada hari Jumaat.
Pertemuan itu diadakan ketika Turki, yang telah berdiri di belakang Doha sepanjang krisis, bertekad untuk untuk tidak menutup pangkalan tentera Turki di Doha yang negara Jiran Qatar mahu ianya ditutup.
Terdahulu pada bulan Jun, parlimen Turki meluluskan dua perjanjian untuk mengerahkan tentera ke Qatar dan melatih tenteranya.
Al-Attiyah berkata bahawa fokus lawatannya adalah mengenai pangkalan Turki di Qatar.
"Qatar dan Turki mengekalkan ikatan bersejarah dan lawatan saya datang dalam konteks meningkatkan kerjasama pertahanan antara kedua negara," katanya.
Minggu lepas Riyadh dan sekutunya mengeluarkan 13 tuntutan kepada Qatar untuk menyelesaikan krisis, termasuk penutupan pangkalan tentera Turki dan Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha.
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengatakan tuntutan yang diketuai oleh Saudi, adalah "bertentangan dengan undang-undang antarabangsa".
Beliau juga menggambarkan gesaan untuk penarikan tentera Turki dari Qatar sebagai "tidak menghormati Turki."
Sementara itu, Erdogan dan Presiden AS Donald Trump membincangkan krisis Teluk melalui telefon pada hari Jumaat, menunjukkan keperluan untuk mengadakan rundingan bagi meredakan ketegangan serantau.
Para pemimpin bersetuju bahawa ketegangan antara Qatar dan negara-negara Teluk yang lain harus dikurangkan demi keselamatan dan kestabilan rantau ini.
Erdogan dan Trump juga membincangkan hubungan dua hala yang berkaitan dengan sektor ekonomi dan pertahanan, dan juga bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dalam memerangi keganasan.
No comments