• Semasa

    Fitnah Guru Sekolah!! Dakwa Ditendang Dan Ditampar, Rupanya Terjatuh Sendiri





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Fitnah Guru Sekolah!! Dakwa Ditendang Dan Ditampar, Rupanya Terjatuh Sendiri - TAWAU, SABAH - Murid perempuan tahun empat yang mendakwa cedera akibat ditendang dan ditampar oleh gurunya pada 10 Julai lalu, sebenarnya terjatuh sendiri ketika membeli makanan di luar kawasan sekolah, lapor Berita Harian. 

    Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, siasatan pihaknya mendapati murid terbabit mereka cerita kerana bimbang dimarahi oleh ibu bapanya sekiranya mereka mendapat tahu kejadian yang sebenar. 

    Dalam siasatan polis, keterangan semua saksi termasuk rakan sekelas murid terbabit juga konsisten menyatakan guru lelaki yang didakwa itu sebenarnya tidak melakukan apa-apa terhadap kanak-kanak berkenaan. 


    Ekoran itu, ibu murid berkenaan telah menarik balik laporan polis yang dibuat pada 10 Julai lalu selain meminta polis tidak meneruskan siasatan. 

    "Pengadu juga telah memohon maaf kepada guru terbabit dan pihak sekolah. 

    "Timbalan Pendakwa Raya (TPR) juga mengambil keputusan kes berkenaan tidak diteruskan," katanya. 

    Terdahulu, murid terbabit mendakwa dia telah ditendang dan ditampar oleh guru sekolahnya kerana lewat masuk kelas. 


    Ibu murid berkenaan kemudian membawa anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas anaknya mengadu sakit pada bahagian kaki kiri dan tidak dapat berdiri.

    Pemeriksaan doktor mendapati, terdapat kesan retak pada buku lali mangsa. Ekoran itu, ibu mangsa membuat laporan polis.

    Sumber: The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad