• Semasa

    Sayu : Abang Pergi Dulu Sayang .. Dia Maut Jasad Seperti Terkena Bom Tayar Lori Meletup (6 Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Sayu : Abang Pergi Dulu Sayang .. Dia Maut Jasad Seperti Terkena Bom Tayar Lori Meletup (6 Gambar)

    DUNGUN : Seorang pemandu lori menemui ajal apabila terkena letupan tayar kenderaan berat dipandunya dalam satu kejadian di Kilometer 89 Jalan Jerangau Jabor, Bukit Besi, di sini, kelmarin.

    Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, Mohd Nazri Josuh, 41, dikatakan memeriksa tayar lori dipandunya lalu menyimbah air pada tayar yang ketika itu dalam keadaan panas sebelum ia meletup tiba-tiba dan terkena muka serta badannya.

    Letupan berkenaan menyebabkan lelaki yang menetap di Kedai Buloh, Bukit Payung itu cedera parah dan meninggal di tempat kejadian.

    Isterinya, Za’aini Johari, 39 berkata, dia agak pelik apabila majikan suaminya yang tinggal tidak jauh dari rumah datang pada waktu Maghrib dan mengajak anak sulungnya, Muhamad Syafiq, 18, untuk ke Bukit Besi.



    Menurutnya, lelaki itu tidak menjelaskan perkara sebenar sebaliknya memaklumkan suaminya hanya pengsan.

    “Dia cuma datang ajak anak pergi ikut ke tempat kejadian. Sebab tak sedap hati, saya tanya dan dia beritahu suami saya kena letupan tayar lori, tapi cuma pengsan.

    “Lepas anak saya pergi, saya dapat panggilan dan mesej bertalu-talu dari kawan yang tanya macam mana keadaan suami, ada yang ucap takziah.

    “Saya beritahu saya sendiri tak tahu apa berlaku, tapi dapat rasa suami saya sudah tak ada," katanya.

    Menurutnya, dia hanya mengetahui perkara sebenar ketika ke Hospital Dungun dan melihat sendiri mayat suaminya.

    “Keadaannya cedera parah seolah-olah terkena letupan bom,” katanya ketika ditemui di unit forensik Hospital Dungun.

    Mengidam makan cempedak goreng

    Za’aini berkata, dia tidak menyangka suaminya telah tiada sedangkan sebelum kejadian suaminya ada menghubunginya dan mereka sempat bergurau.

    Katanya, sebelum bertolak ke Kuantan petang kelmarin, Allahyarham ada menyatakan teringin makan cempedak goreng.

    “Suami saya telefon lebih kurang jam 6 petang tapi 'line' tak berapa bagus. Saya hubunginya semula dan kami sempat bercakap.

    “Dia beritahu dah beli tiga biji cempedak dan suruh saya beli tepung beras sebab dia teringin makan cempedak goreng," katanya.

    Menurutnya, Allahyarham kebelakangan ini lebih banyak berdiam walaupun kebiasaannya suka bergurau.

    “Memang saya sedih, tapi kami sekeluarga reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

    Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob berkata, hasil siasatan awal, lori dipandu mangsa yang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu mengalami kerosakan di bahagian tayar dan berasap.

    “Difahamkan mangsa yang panik terus menyimbah air ke tayar menyebabkan tayar tiba-tiba meletup. Letupan itu menyebabkan kecederaan serius pada muka dan badan mangsa akibat melecur.

    “Siasatan lanjut berhubung kes masih dijalankan. Mayat mangsa sudah dituntut warisnya untuk dikebumikan,” katanya.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad