• Semasa

    Siapa Sangka ?! Inilah Pekerjaan Muhammad Ziyad Sebelum Jadi Juara Dunia..





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Siapa Sangka ?! Inilah Pekerjaan Muhammad Ziyad Sebelum Jadi Juara Dunia..

    KUALA LUMPUR - Bapa mana yang tidak berbangga apabila anaknya yang pernah menjual kuetiau di ibu kota dulu kini menjadi penyumbang emas kepada negara pada Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil.

    Itulah perasaan Zolkefli Othman yang jelas berbangga apabila anaknya Muhammad Ziyad mengotakan janji untuk menghadiahkan pingat emas buat keluarganya dan negara dalam acara lontar peluru yang disertainya.


    Lebih manis lagi kilauan emas itu merupakan hadiah sempena ulang tahun kelahiran Zolkefli ke-62 pada 1 September lalu, pada hari beliau menghantar atlet paralimpik itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Rio de Janeiro.

    Muhammad Ziyad, 26, melalui acara F20 (masalah pembelajaran) turut mencipta rekod dunia baharu dengan lontaran sejauh 16.84 meter pada percubaan kelima beliau di temasya sukan berprestij itu pada Sabtu.

    "Masa saya hantar Ziyad di KLIA pada 1 September lepas, hari itu adalah hari jadi saya. Dia ada berjanji kepada saya akan membawa hadiah pingat emas. Kami sekeluarga sangat gembira dengan kejayaannya," kata Zolkefli kepada Bernama. - Bernama

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad