SAYU !! Anak Maut Gara-Gara Ayah Tidak Sedar Ada Dalam Kereta, Rupa-Rupanya Isterinya...

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun meninggal dunia akibat lemas selepas ditinggalkan tanpa sengaja lebih lima jam di dalam kereta oleh bapanya di Pekan Saleng, Kulai, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulai, Supritendan Razak Md Said berkata, menurut laporan lelaki berkenaan tidak menyedari anaknya itu ditinggalkan isteri di tempat duduk belakang kereta untuk dihantar ke rumah pengasuh bayi tersebut yang terletak berhampiran rumah mereka di Bandar Putra.
"Mengikut keterangan yang telah dibuat bapanya, mangsa telah diletakkan oleh isterinya di tempat duduk belakang kereta miliknya pada jam 9.30 pagi ini tanpa memaklumkan perkara tersebut.
"Kemudian kira-kira jam 10 pagi, lelaki berkenaan terus menaiki kereta dan menuju ke tempat kerja di Pekan Saleng tanpa menyedari mangsa masih berada di tempat duduk belakang kereta," katanya.
Razak berkata, mangsa mula disedari oleh bapanya selepas lelaki menerima panggilan daripada pengasuh anaknya kira-kira jam 3 petang yang bertanyakan kenapa bayi pasangan tersebut tidak dihantar ke rumahnya seperti kebiasaannya.
"Lelaki tersebut kemudian terus bergegas ke kereta miliknya dan mendapati anaknya berkeadaan lemah dan dipercayai telah meninggal dunia lalu tampil membuat laporan polis pada jam 4.15 petang," katanya.
Beliau berkata, lelaki tersebut kemudian menghantar anaknya ke Hospital Kulai untuk mendapatkan rawatan selanjutnya, namun pegawai perubatan hospital terbabit mengesahkan bayi perempuan itu sudah meninggal dunia.
Tambahnya, siasatan terperinci dan menyeluruh sedang giat dijalankan polis dan bedah siasat ke atas bayi perempuan tersebut dijangka dijalankan pada 10 pagi esok bagi mengetahui punca sebenar kematian.
"Kes itu diklasifikasikan sebagai pengabaian kanak-kanak sehingga menyebabkan kematian mengikut Seksyen 31(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

Sumber: Sinar Harian
No comments