Berapa Ramai Yang Sudah Menjadi Mangsa Video Prank iPhone 7 ini?
Pasti
ramai yang sudah menjadi mangsa video prank yang dikongsi meluas di
laman Facebook, kononnya sound test bagi iPhone 7 yang kini terhangat di
pasaran. Sebaik saja video itu dimainkan, ternyata bukan 'sound test'
yang sebenar. Sebaliknya bunyi pasangan sedang melakukan persetubuhan.
Malanglah
nasib jika anda sudah terkena dan ditambah pula volume telefon pintar
anda ditetapkan pada bunyi kelantangan yang paling tinggi. Sudah pasti
orang di sekeliling memberi pandangan serong terhadap anda.
Seorang
individu juga meminta kami menyiarkan perkara ini agar ramai yang tidak
menjadi mangsa video prank oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
"Assalamualaikum
admin. Boleh tak nak share gambar untuk dipost supaya orang ramai tidak
terperdaya dengan video ini," kata individu yang tidak ingin dikenali
namanya.
Menurut
sumber, sesetengah netizen terutamanya golongan wanita tidak merasakan
perkara itu mengaibkan orang sehingga menganggap golongan yang tidak
boleh menerima gurauan seperti itu adalah budak-budak.
Terdahulu, Ustaz Muhammad Naim Sulaiman, pernah memberikan pandangannya mengenai isu video prank yang mengaibkan pengguna di media sosial ini.
Menurut Ustaz Muhammad Naim,
prank adalah budaya kafir yang tiada had menjatuhkan maruah orang lain
termasuk emosi, keselamatan dan air muka mangsanya. Umat Islam ditegah
mengikut budaya yang tidak bermanfaat ini yang tidak ubah mengikut jejak
Yahudi selangkah demi selangkah.
Islam juga melarang umatNya mengaibkan orang lain. Barang sesiapa yang menginkari larangan ini maka ia akan menjadi fasik.
Meskipun
niatnya hanya mahu bergurau, tetapi jika gurauan sehingga menjatuhkan
air muka mangsa, apakah anda larat mencari seorang demi seorang mangsa
anda untuk meminta maaf di padang mahsyar kelak?
Jadi,
usahlah kongsikan video yang tidak bermanfaat itu jika anda masih
waras. Sebarkan teguran ini di Facebook anda. Belum terlambat untuk
'menyelamatkan' mereka yang lain. - The Reporter
No comments