"Abang, Jangan Ceraikan Saya..." - Rayuan Wanita Ini
Saya masih muda, 26 tahun, berasal dari keluarga berada. Suami anak tunggal, juga dari keluarga yang senang. Saya berkahwin ketika umur 21 tahun dan kini ada seorang anak. Kenapa kahwin awal? Salah saya sendiri yang terpengaruh dengan kebahagiaan dan kisah indah berkahwin awal orang lain. Jadi, bila suami ajak kahwin, saya terus bersetuju. Padahal saya masih muda, mentah, noob, tak bersedia dan tak belajar pun akan kehidupan selepas menjadi seorang isteri.
Memang
salah saya sebab saya ingat berkahwin itu mudah, menjadi isteri solehah
itu mudah. Sekarang saya tahu menjadi solehah itu adalah perkara yang
paling susah saya pernah buat.
Selepas
berkahwin, saya meneruskan pengajian yang berbaki setahun. Belum sempat
konvokesyen, saya sudah mula bekerja. Mungkin rezeki anak pada masa
itu. Kerja saya pula bermula dengan gaji RM3,000+. Bagi orang yang baru
grad, agak tinggi juga jumlah gaji itu. Suami bekerja sebagai
juruteknik. Memang gaji saya lebih tinggi daripada suami.
Masa
mula perkahwinan, memang kami sudah bermasalah. Saya fikir itu semua
adalah normal memandangkan kami tidak mengenali masing-masing secara
mendalam. Kami berkahwin dan kononnya bercinta selepas nikah.
Selama
ini kami bergaduh, suami banyak bersabar dan mendiamkan diri bila saya
marah. Saya yang jenis panas baran. Pantang salah sikit, sampai suami
mandi lama pun saya bising.
Niat
asal berkahwin, mahu menjadi isteri solehah sangat tebal. Saya pun
pakai cantik-cantik di depan suami, lemah-lembut, melayan suami seperti
raja bagai. Adalah selama enam bulan pertama perkahwinan saya berbuat
demkian. Namun semakin lama semakin teruk perangai saya. Setiap hari
saya marahkan suami.
Bila
difikirkan semula dan muhasabah diri, memang banyak kesalahan saya.
Pertama, disebabkan gaji saya lebih tinggi dari suami, saya menjadi ego.
Saya rasa saya boleh hidup tanpa suami. Sewa apartment saya yang bayar
semuanya termasuk bil, ansurans kereta, makan, minum, susu dan lampin
anak. Suami hanya menyelesaikan bayaran insurans anak dan yuran taska
anak sahaja.
Saya
rasa saya mampu hidup tanpa dia tetapi saya silap bahawa hidup saya
terasa sunyi tanpa peneman. Walaupun suami tidak mampu dari segi
kewangan, tetapi suami seorang yang penyayang. Secara fizikal saya boleh
hidup tanpa dia tetapi terseksa sebab saya sudah kehilangan sumber
kasih sayang.
Kesalahan
kedua saya adalah, tidak pernah percaya pada dia. Suami jenis yang suka
berniaga tetapi saya tidak pernah memberi kepercayaan kepada
perniagaannya. Saya rasa dia hanya membuang masa dan tidak akan berjaya
dalam perniagaan. Suami selalu berkata yang dia berniaga bukan mahu
menjadi kaya tetapi kerana ini sunnah dan dia mahu membantu orang lain.
Perniagaan suami pula perniagaan konsultan. Banyak konsultasi dia caj
hanya RM20-RM50 sahaja. Bagi saya, nak dapat untung kalau sikit seperti
itu?
"Saya nak bantu orang sebab itu saya caj murah," kata suami.
Dia
pula tak cukup capital untuk mengembangkan perniagaannya sebab itu
perniagaannya tidak berkembang maju. Walaupun begitu dia tidak pernah
meminta saya membuat pinjaman bank atau meminta duit saya sesen pun
untuk perniagaan dia.
Ketiga,
saya rasa macam saya adalah isteri yang serba cukup. Saya asyik rasa
sepatutnya suami bersyukur kerana mendapat saya sebagai isteri. Saya
bolehlah dikatakan ada rupa, kurus, berkulit cerah, punyai kerjaya yang
baik dan setiap hari saya masak untuk anak dan suami. Siap bawa bekal
lagi.
Bab
makan, saya memang jaga. Setiap hari saya masak makanan istimewa.
Sepanjang perkahwinan, saya tak pernah beri suami makan kicap dan telur
sahaja. Paling lekeh pun say aakan masak sup ayam.
Saya
lupa bahawa tanpa suami saya yang memudahkan kerja saya, tidak mungkin
saya boleh memasak untuk dia dan anak. Suamilah yang membasuh pinggan,
vaccum rumah, basuh dan sidai kain, buat sampah, menyediakan susu anak,
bangun malam-malam kalau anak mahu menyusu dan bermacam-macam lagi.
Sumpah saya menyesal sangat sekarang.
Rumah
tangga saya mula runtuh apabila saya memeriksa log telefon pintar
suami. Saya mendapati dia pernah membuat pencarian gambar lucah melalui
telefonnya. Saya apa lagi, terus menyerang dia dan pada masa itulah dia
benar-benar melepaskan kemarahannya kepada saya. Semua perkara dia
luahkan sedangkan sebelum ini dia bersabar dengan saya.
Disebabkan
ego tercabar, saya pun menghalaunya keluar. That's the end of us, about
a year ago. Kami tidak pernah tidur sebumbung selepas pertengkaran
itu.
Selepas
saya menghalaunya, suami pulang ke kampung. Ibu bapa suami saya pula
mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan mahu menjemput suami dari
stesen bas. Sampai ke saat ini saya rasa sangat bersalah kepada suami.
Kematian ibu bapanya menjadi kemuncak kebencian dia pada saya. Sampai
saat ini saya menangis bila. Kalau bukan kerana saya menghalau dia, dia
pasti tidak akan balik ke kampung dan ibu bapanya mungkin masih hidup.
Bila
ibu bapanya meninggal, kesemua rumah sewa, tanah, barang kemas dan duit
simpanan ibu bapanya dia yang mewarisi. Suami saya seorang yang kuat
semangat. Dia melaburkan duit pusaka untuk perniagaannya. Dalam masa
setahun, perniagaan dia bertambah maju.
Saya
sudah cuba memujuk dia kembali kepada saya bukan disebabkan dia sudah
kaya tetapi sebab saya sudah menyesal dengan perbuatan saya yang lalu.
Saya rindu sangat pada suami, pelukannya setiap malam sedangkan saya
selalu membelakanginya, rindu panggilan 'sayang' yang pada saya tidak
pernah lekang dari mulut dia walau sekali sampailah kami berpisah.
Saya
rindu dia sangat-sangat. Hanya Allah sahaja yang tahu. Tetapi dia sudah
tiada perasaan pada saya. Mungkin dia langsung tak ingin memandang
saya.
Saya
berharap jika ada isteri di luar sana mempunyai ego yang sama seperti
saya, sedarlah sebelum terlembat. Jagalah 'ego' suami anda. Kalau rasa
nak marah, ingatlah kembali budi dia kepada anda. Biarpun kita rasa diri
kita ini bagus, suami tetap di atas kita.
Esok saya ka mahkamah untuk dia melafazkan cerai. Doakan saya. - Nurul | The Reporter
No comments