• Semasa

    "Bila Lelaki Bergosip, Lebih Dahsyat Dari Perempuan" - Wanita Luahkan Sikap Lelaki..





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Assalamualaikum. Panggil aku Hawa (bukan nama sebenar). Aku seorang perempuan yang bekerjaya, yang dikelilingi oleh ramai rakan sekerja lelaki. Aku harap ramai perempuan yang membaca confession aku ini dan ambil iktibar dari cerita yang aku nak kongsikan. 

    Nak dijadikan cerita, aku selalu juga lepak minum sekali dengan rakan sekerja lelaki ini. Selama ini aku menyangkakan yang lelaki tidak akan bergosip, aku ingat dunia mereka hanya berkisarkan tentang sukan, game dalam phone, kereta, motor dan sebagainya. Tetapi semakin lama aku join mereka lepak, semakin aku seram dengan topik yang mereka gosipkan. Mungkin mereka terlupa yang aku ini perempuan, agaknya. Selamba mereka saja bergosip dengan hal perempuan di depan aku. 

    Wahai perempuan yang rajin berselfie dan upload gambar-gambar Outfit of The Day (OOTD) di laman Instagram, tahukah anda bahawa ada lelaki yang gemar bergosip tentang anda? 

    Aku sedih bila dengar mereka bercakap tentang body si Hawa A ini mantap, aset si Hawa B, muka si Hawa C pakai make up tebal seinci, awek ini boleh buat isteri, awek itu suka belanja gambar body, yang ini stok geli-geli, yang itu pula 'out of their league' dan pelbagai lagi. 

    Aku tak tahulah kalau mereka ada bergosip tentang aku di belakang. Seram juga bila aku fikirkan. Pernah sekali mereka bercerita tentang seorang perempuan bertudung di office kami yang juga suka memakai pakaian ketat dan mereka kalau nampak dia berjalan, mesti tengok sampai habis sebab bumper perempuan itu montok. 

    Kalau kau orang jadi aku dan dengar semua perbualan mereka itu, kau orang rasa macam mana? Aku yang malu. Tapi ada kebaikannya juga aku dengar, membuatkan aku rasa nak berpakaian lebih sopan ke tempat kerja. 

    Cuma, percayalah bahawa mata lelaki ini ibarat boleh scan dan x-ray setiap inci tubuh perempuan. Kadang-kadang mereka bergosip juga tentang perempuan yang berpakaian sopan. Maka betullah yang kaum Hawa ini terdedah dengan fitnah. 

    Jadi, kita perlu pandai menjaga diri dan maruah keluarga. Jangan terlalu dahagakan like di media sosial sehingga tidak menyedari yang diri itu menjadi sajian nafsu kaum Adam. Berpada-padalah nak show-off. 

    Kalau kau rasa kau cantik, ramai lagi perempuan cantik di luar sana yang sama-sama tengah memancing likes selepas beli barang make-up di Sephora. Padahal beli barang paling murah saja pun. Silap haribulan ambil tester dari Sephora, kemudian selfie sikit konon-konon kau mampu bershopping di situ.

    Aku tak mengata perempuan lain, aku tuju pada diri sendiri juga. Kalau kita hidup nak memuaskan pandangan orang, sampai bila-bila pun kau berharap orang akan pandang kau. Tetapi kalau kau hidup nak puaskan pandangan Allah pada kau, sampai kiamat kau akan terus cuba impresskan Allah dengan amal ibadat kau. Wallahualam. - Hawa | PIXEL MEDIA

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad