• Semasa

    Nisfu Syaaban 2023 : Tarikh, Kelebihan & Amalan Yang Disunatkan





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

     Nisfu Syaaban 2023 : Tarikh, Kelebihan & Amalan Yang Disunatkan . Bulan Syaaban merupakan salah satu bulan yang mempunyai banyak kebaikannya. Justeru, diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w banyak melakukan puasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan lain. Ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a:

    Nisfu Syaaban 2023 : Tarikh, Kelebihan & Amalan Yang Disunatkan

    “Rasulullah s.a.w tidak pernah berpuasa pada bulan tertentu selain Ramadan sepanjang tahun lebih banyak daripada puasanya dalam bulan Syaaban dan baginda bersabda: Lakukanlah amalan-amalan sunat yang kamu mampu kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan jemu sehingga kamu merasa jemu.

    Baginda juga bersabda: “Amalan yang paling disukai di sisi Allah adalah dilakukan secara berterusan walaupun sedikit”. (H.R Muslim) (Sahih Muslim Bi Syarhi al-Nawawi: Jld 4 ms 218).

    Nisfu Sya’ban bermaksud separuh bulan Sya’ban

    Malan Nisfu Syaban jatuh pada maghrib, 17 Mac 2022.
    Malam ini dikenali sebagai malam pengampunan dari Allah untuk seluruh makhluk- Nya.
    KEMULIAAN & KEUTAMAAN MALAM NISFU SYAABAN SERTA AMALAN YANG DISARANKAN, BERSUMBER DALIL & KAJIAN ILMIAH – Oleh Ustazah Asma’ Harun
    Bulan Syaaban adalah salah satu bulan yang paling mulia, ia menjadi bulan yang sangat istimewa sebelum bulan Ramadan.
    Namun masih ramai antara kita yang masih terleka dalam merebut kesempatan ini, sehinggakan disebutkan di dalam hadis Nabi Muhammad SAW :

    شعبانُ بين رجبَ ورمضانَ يغفلُ الناسُ عنه تُرفعُ فيه أعمالُ العبادِ فأُحِبُّ أن لَا يَرْفَع عَمَلِي إَلَّا وأنَا صَائِم

    Maksudnya: “Bulan Sya’ban, ada di antara bulan Rejab dan Ramadan, banyak manusia yang melalaikannya. Saat itu amal manusia diangkat, maka aku suka jika amalku diangkat ketika aku sedang puasa”.
    [HR An-Nasaie, Hadis Hasan]

    Nisfu Syaaban 2023 : Tarikh, Kelebihan & Amalan Yang Disunatkan

    KEUTAMAAN MALAM NISFU SYAABAN

    Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:

    يَطَّلِعُ اللهُ عزَّ وجلَّ إلى خَلْقِهِ ليلَةَ النِّصفِ مِنْ شَعْبَانَ ، فيَغْفِرُ لِعبادِهِ إِلَّا لِاثْنَيْنِ مُشَاحِنٍ ، وقَاتِلِ نَفْسٍ
    Maksudnya: “Allah SWT melihat pada malam Nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan hamba-Nya kecuali dua (golongan) iaitu orang yang bermusuhan dan orang yang membunuh diri”.
    [HR Ahmad, No. Hadith 6353, Ahmad Syakir mengatakan sanadnya adalah sahih]

    Bahkan perbuatan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban juga adalah merupakan amalan orang-orang soleh terdahulu. Subhanallah, ini yang disebutkan oleh Al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali, di dalam kitab Lathaif al-Ma’arif menyatakan:

    وَلَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ كَانَ التَّابِعُوْنَ مِنْ أَهْلِ الشَّامِ يُعَظِّمُوْنَهَا وَيَجْتَهِدُوْنَ فِيْهَا فِي الْعِبَادَةِ، وَكَانَ خَالِدُ بْنِ مَعْدَانَ وَلُقْمَانُ بْنِ عَامِرٍ وَغَيْرُهُمَا مِنْ تَابِعِي الشَّامِ يَقُوْمُوْنَ فِي الْمَسْجِدِ لَيْلَةَ النِّصْفِ، وَوَافَقَهُمُ اْلإِمَامُ إِسْحَاقُ ابْنُ رَاَهَوْيه عَلىَ ذَلِكَ، وَقَالَ فِيْ قِيَامِهَا فِي الْمَسَاجِدِ جَمَاعَةً
    Maksudnya: “Malam Nisfu Syaaban, kaum Tabi’in dari penduduk Syam mengagungkannya dan bersungguh-sungguh menunaikan ibadah pada malam tersebut. Khalid bin Ma’dan, Luqman bin Amir dan lain-lain dari kalangan tabi’in Syam mendirikan solat di dalam Masjid pada malam Nisfu Sya’ban. Perbuatan mereka disetujui oleh al-Imam Ishaq Ibnu Rahawaih. Ibnu Rahawaih berkata mengenai shalat sunnah pada malam Nisfu Sya’ban di Masjid-masjid secara berjemaah.“
    SubhanAllah, setelah kita membaca hadis dan kalam ulama tersebut, maka jelaslah bahawa begitu besar kelebihan malam Nisfu Sya’ban yang mungkin kita sering lupa untuk membuat persiapan bagi menemuinya.
    Nisfu Syaaban 2022 : Tarikh, Kelebihan & Amalan Yang Disunatkan
    Nisfu Syaaban 2023 : Tarikh, Kelebihan & Amalan Yang Disunatkan

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad