Cara merawat tenaga batin lemah. 'BRO, engkau mati pucuk ke?' Itu gurauan sinis rakan-rakan kepada lelaki yang sudah mendirikan rumah tangga, tetapi belum dikurniakan zuriat.
Bagi lelaki yang berhati 'kebal', pastinya kalis dengan sindiran berkenaan. Namun, berbeza dengan lelaki berhati sensitif, tentunya akan 'sentap' dengan gurauan kasar itu.
Persoalannya, adakah benar mati pucuk penyebab seorang lelaki sukar mendapat zuriat?
Pakar Sakit Puan dan Perbidanan MetroIVF Dr Ahmad Zharif Hussein berkata, mati pucuk (ED) ialah ketidakupayaan mengekalkan ereksi yang mencukupi untuk hubungan seksual.
Cara merawat tenaga batin lemah
"Ia adalah salah satu masalah seks lelaki yang amat serius dan paling banyak berlaku di negara ini.
"Kajian 'cross sectional' pada 2011 ke atas 1,331 lelaki berusia 40 hingga 76 tahun mendapati, usia purata lelaki mengalami ED ialah 54.7 tahun.
"Hasil kajian ini juga menunjukkan, semakin meningkat usia, maka masalah ED turut semakin meningkat daripada 49.7 peratus sehingga 93.9 peratus," katanya.
Beliau berkata, kajian seterusnya ialah pada 2016 membabitkan 400 lelaki berusia 18 tahun ke atas di Johor Bahru dan Segamat, Johor.
"Daripada kajian itu, hampir 81 peratus dilaporkan mempunyai masalah ED.
"Masalah ini berkait rapat dengan tekanan tinggi dan peningkatan usia," katanya.
Merawat tenaga batin lemah
Beliau berkata, ED memberi impak yang besar dalam hubungan kelamin bersama pasangan, mengganggu kualiti hidup lelaki dan pasangan.
"Lelaki mengalami masalah ini akan berasa tekanan yang keterlaluan dan akhirnya tercetus konflik rumah tangga," katanya.
Dr Ahmad Zharif berkata, amat penting untuk mempertimbangkan keadaan kesihatan fizikal dan psikososial lelaki yang mengalami masalah mati pucuk sebelum memulakan rawatan.
Menurutnya, mati pucuk boleh mengganggu kesuburan dan menyebabkan mereka lambat mendapat zuriat.
"Ini kerana, apabila zakar gagal untuk ereksi secara semula jadi, ia menyebabkan ejakulasi tidak berlaku.
Punca tenaga batin lemah
"Keadaan ini menyebabkan sperma tidak dapat masuk dalam rahim bagi membolehkan persenyawaan semula jadi berlaku di saluran peranakan," katanya.
Menurutnya, terdapat empat punca berlakunya mati pucuk. Pertama ialah gangguan pengaliran darah ke zakar.
"Antara contoh keadaan yang boleh mengganggu pengaliran darah ke zakar ialah merokok, kencing manis, tekanan darah tinggi, obesiti, hiperkolesterolemia, sakit jantung dan proses penuaan.
"Sebelum berlaku masalah pengurangan darah ke organ lain seperti jantung, zakar adalah organ terawal mengalami pengurangan darah ke zakar dahulu.
"Kajian membuktikan bahawa mati pucuk adalah salah satu tanda awal sebelum serangan jantung ataupun sakit jantung pada masa hadapan," katanya.
Katanya, malah ada juga kajian mendapati bahawa 15 peratus lelaki yang mengalami mati pucuk mengalami masalah jantung dalam tempoh tujuh tahun akan datang.
Dr Ahmad Zharif berkata, punca kedua ialah masalah saraf (neurologi).
Sistem saraf adalah sistem yang amat penting selepas sistem pengaliran darah ke zakar.
Katanya lagi, sistem saraf membantu zakar untuk ereksi. Jika sistem saraf terganggu, ia juga boleh menyebabkan mati pucuk.
"Antara punca yang boleh menyebabkan sistem saraf terganggu ialah angin ahmar, penyakit seperti kencing manis, kecederaan saraf tunjang atau pembedahan prostat dan di zakar yang boleh merosakkan saraf pada organ terbabit," katanya.
Beliau berkata, punca ketiga pula ialah pengambilan ubat-ubatan untuk penyakit kronik.
"Sebilangan besar ubat untuk penyakit kronik boleh mengganggu sistem saraf dan sistem endokrin lelaki.
"Hal ini kerana, ia boleh menurunkan tahap testosteron atau menghalang fungsi testosteron secara semula jadi.
"Testosteron adalah hormon lelaki yang membantu menaikkan nafsu (libido) untuk lelaki. Jika ia berkurangan, ia boleh menyebabkan mati pucuk juga," katanya.
Katanya, antara ubat yang boleh menyebabkan mati pucuk ialah ubat sakit kronik seperti darah tinggi dan tekanan.
"Ini bukan bermaksud pengambilan ubat kali pertama, memberi kesan serta-merta, tetapi impaknya mengambil masa yang agak lama," katanya.
Menurutnya, punca terakhir yang boleh menyebabkan masalah mati pucuk ialah masalah psikiatri serius.
"Kebanyakan mereka akan berasa kemurungan dan tekanan. Apabila masalah ini berlaku, ia menyebabkan keadaan mati pucuk semakin serius.
"Hilang libido dan kurang minat dalam aktiviti seksual adalah gejala kemurungan yang biasa berlaku dalam kalangan pesakit mati pucuk," katanya.
Jelasnya, mati pucuk adalah keadaan yang amat menyedihkan bagi lelaki.
"Kebanyakan lelaki mereka mengambil mudah masalah mati pucuk dan menganggap ia disebabkan proses penuaan.
"Perasaan malu dan ego yang amat tebal menyebabkan mereka enggan berjumpa doktor untuk mengetahui apakah punca sebenar masalah mati pucuk dialami mereka.
"Rata-rata yang mengalami mati pucuk akan cuba mengelakkan hubungan intim bersama pasangan. Ini kerana, hubungan seksual adalah perkara paling menyedihkan bagi mereka disebabkan zakar tidak mampu menegang dan memuaskan pasangan," katanya.
Tambahnya, bagi suami yang mengalami mati pucuk, usah malu untuk melakukan saringan bagi mengetahui punca sebenar masalah ini dan mendapatkan rawatan.
Katanya lagi, sangat penting mencegah dan merawat masalah itu sebelum terlambat.
"Ia boleh dirawat sekiranya dikesan lebih awal.
"Rasa malu tidak bertempat hanya akan 'memakan' diri mereka yang akan membuatkan hidup dalam tekanan berpanjangan," katanya.
Ditanya mengenai rawatan ED, Dr Ahmad Zharif berkata, pertama ialah mengenal pasti penyebab kepada masalah itu dan merawatnya.
Katanya, sebagai contoh, jika ED berpunca daripada kencing manis, maka pesakit perlu mengawal penyakit berkenaan.
"Sekiranya disebabkan oleh masalah obesiti, maka hendaklah mengurangkan berat badan.
"Begitu juga dengan tekanan, ia perlu dikawal dengan sebaiknya. Pada asasnya, pesakit perlu memperbaiki cara hidup ke arah yang lebih baik," katanya.
Dr Ahmad Zharif berkata, terdapat beberapa ubat yang membantu merawat masalah ED seperti viagra, 'cialis', 'testosterone therapy' dan 'stendra'.
"Bagaimanapun, saya hendak mengingatkan kepada pesakit ED supaya berjumpa doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubat untuk merawat masalah ini," katanya. - Cara merawat tenaga batin lemah
No comments