• Semasa

    Permohonan UPU Online Sesi 2022 / 2023 UA IPTA





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Permohonan UPU Online Sesi 2022 / 2023 UA IPTA

    Berikut ialah kalendar aktiviti permohonan UPU bagi sesi 2022 / 2023. Ia menyatakan garis masa aktiviti-aktiviti penting permohonan UPU, seperti tarikh permohonan dibuka/ditutup, tarikh rayuan dibuka/ditutup, tarikh panggilan temuduga dan juga tarikh semakan tawaran.


    Permohonan UPU Online Sesi 2022 / 2023 UA IPTA

    Kepada calon-calon yang ingin memohon untuk memasuki Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA. 


    PERHATIAN! Permohonan UPU Online bagi sesi akademik 2022/2023 akan dibuka mulai 4 Februari 2022 kepada calon lepasan SPM, STPM, STAM & Diploma Setaraf bagi kemasukan:

    • Universiti Awam (UA)
    • Politeknik
    • Kolej Komuniti
    • Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

    Pemohon boleh dibuat pada tarikh berikut:

    • Dibuka 4 Februari 2022 Jam 12.00 tengah hari
    • Ditutup 31 Mac 2022 Jam 5.00 petang

    Kementerian Pengajian Tinggi turut memaklumkan bahawa bayaran proses UPUOnline untuk kemasukan ke IPTA, Institut Latihan Kemahiran Awam sesi akademik 2022/2023 dikecualikan.

    upu online upuonline

    Berikut dikongsikan info sepenuhnya tentang permohonan UPUonline.

    Apakah UPU Online?

    UPUOnline adalah sebuah Portal Rasmi Kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan iInstitusi Latihan Kemahiran Awam bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu di portal http://upu.mohe.gov.my

    Cara Membuat Pilihan Program Pengajian Yang Sesuai Di Portal UPU Online

    1. Anda boleh melayari e-Panduan Kemasukan Pelajar untuk mendapatkan senarai program pengajian yang anda minati di URL seperti berikut :-
    2. Dalam e-Panduan ini, anda boleh menyemak sama ada ada layak memohon atau tidak. Selain itu, anda juga boleh membuat semakan syarat am dan syarat khas program pengajian melalui Sistem Semak Syarat di URL http://www.semaksyarat.info. Sila pastikan anda memilih program pengajian yang layak sahaja.
    3. Selain itu, sebelum anda memilih pilihan program pengajian, anda perlu memilih tiga (3) bidang yang diminati. Senarai program pengajian yang dipaparkan adalah berdasarkan tiga (3) pilihan bidang yang telah anda pilih.

    Sila layari laman web rasmi UPU : https://upu.mohe.gov.my/

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad